PKR:MEDIA DI SALAHKAN,ADA YANG CUBA MENGLIHKAN ISU


FOTO:COURTESY BY MALAYSIAN INSIDER
Pengarah Pilihanraya PKR,Tian Chua hari ini,menyalahkan pihak media berhubung dengan kegawatan yang berlaku dalam parti tersebut. Sambil menyifatkan bahawa apa yang berlaku dalam PKR di sebabkan liputan media yang celaru dan tidak mendapat penjelasan yang telus dari pihak parti.
Semalam pihak media melporkan bahawa Salehudin telah melepaskan jawatan berhubung dengan apa yang di laporkan berlaku di mana beliau di katakan telah melepaskan jawatan, manakala salehuddin sendiri kemudianya menafikannnya .
"Kita tidak menyalahkan media, namun ada setengah pihak yang cuba memutarbelitkan berita dan menjadikan ianya sesuatu yang begitu sensasi.Apa yangberlaku sekarang ini ialah cuba mengalihkan isu sebenar yang sedang berlaku dalam negara",demikian jelas beliau lagi.
Salehudin di katakan menghadapi masalah dengan beberapa pimpinan yang berada di sekeliling Anwar dan tidak hadir dalam beberapa mesyuarat penting.
Semalam juga PKR dikejutkan dengan berita bahawa Naib Presiden Datuk Jefri Kitingan yang di katakan melepaskan jawatannya , namun pihak PKR sendiri tidak mendapat sebarang berita dari Datuk Jeffry sendiri.
Berita beliau melepaskan jawatan dikatakan berikutan perlantikan Ahmad Thamrin Jai sebagai ketua perhubungan negeri menggantikan Jefri Kitaingan.Thamrin dikatakan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan kaum Kadazan yang merupakan penduduk terbesar di Sabah.

No comments: