KLIA JATUH LAGI

1.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA INCHEON - KOREA SELATAN
DINOBATKAN sebagai lapangan terbang antarabangsa dunia terbaik oleh Anugerah Lapangan Terbang Dunia.


2. LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HONG KONG - HONG KONG
TERPILIH sebagai lapangan terbang terbaik tahun lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong jatuh ke tempat kedua tahun ini. Bagaimanapun, ia dipilih menjadi lapangan terbang antarabangsa yang menyediakan tempat makan terbaik di dunia.


3. CHANGI - Singapore
SATU daripada hab penerbangan utama di Asia, Lapangan Terbang Changi merosot dari tempat kedua tahun lalu ke tempat ketiga tahun ini.

4. ZURICH - Switzerland
SELAIN menduduki tempat keempat dalam senarai lapangan terbang terbaik dunia, Lapangan Terbang Zurich juga dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di Eropah, mendahului Lapangan Terbang Munich.


5. MUNICH - Jerman
LAPANGAN Terbang Munich tidak berubah sejak, menurut penumpang dengan menduduki tempat yang sama seperti tahun lalu.


6. KANSAI - Japan
LAPANGAN terbang ini dibina di pulau buatan manusia di tengah Teluk Osaka di Kansai adalah berbeza dengan Lapangan Terbangsa Osaka yang lebih dekat dengan bandar raya dan kini hanya mengendalikan penerbangan dalam negeri.


7.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR - Malaysia
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jatuh ke tangga ketujuh tahun ini dari tangga keempat tahun lalu.


8. LAPANGAN TERBANG AMSTERDAM - Belanda
LAPANGAN Terbang Amsterdam kembali ke senarai 10 lapangan terbang terbaik selepas tercicir tahun lalu.




9. CENTRAIR NAGOYA - Japan
TERLETAK di pulau buatan manusia, Centrair Nagoya adalah lapangan terbang Jepun yang ketiga dibina di luar pantai negara itu selepas Lapangan Terbang Nagasaki dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Ini juga kali pertama lapangan terbang itu disenaraikan dalam 10 tempat teratas.


10. LAPANGAN TERBANG AUCKLAND - New Zealand
DENGAN menduduki senarai teratas di rantau Australia/Pasifik, Lapangan Terbang Auckland berada ditangga ke-10 senarai lapangan terbang terbaik dunia.

Reply
Reply to all
Forward







« Back to Inbox
Archive
Report spam
Delete
Move to
Labels
More actions

No comments: