KERAJAAN NEGERI SELANGOR ,KEDAH DAN PULAU PINANG BERI BONUS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Dua buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor memberi hadiah khas kepada kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM 500 sebagai duit raya dan juga yang bekerja dibawah agensi kerajaan masing-masing agar dapat meyambut hari raya dengan gembira.

Kerajaan Selangor mengumumkan sekali bayar iaitu menjelang Jumaat , manakala kerajaan Pulau Pinang dalam bentuk 2 kali sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kerajaan Pusat dikritik sesetengah kakitangan terutamanya yang memegang jawatan diperingkat pengurusan dan profesional yang tidak merasai "duit Raya" tersebut.

Kerajaan Selangor membelanjakan sekitar RM 4.38 juta kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai bonus khas,manakala kerajaan negeri Pulau Pinang pula membelanjakan sebanyak
RM1,649,500.00.

Baru-baru ini kerajaan Pusat memberikan hadiah khas kepada kakitangan awam dimana ianya dibayar sebanyak 2 kali iaitu sebelum hari raya dan pada bulan Disember.


Sementara itu seramai 5,300 kakitangan kerajaan negeri Kedah kumpulan sokongan akan menerima 'duit raya' sebanyak RM500 yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing esok...

Manakala kerajaan Klantan juga di jangka akan berbuat demikian.

No comments: