ADAKAH UMNO BERKONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN SAMMY

UMNO TERDESAK APABILA KALAH DALAM PILIHANRAYA LEPAS DAN AKAN MENGHADAPI PILIHANRAYA AKAN DATANG DENGAN SOKONGAN KAUM INDIA


Oleh :Amiruddin Ahmad


Setelah hampir 50 tahun beliau menjadi pemimpin kaum India dan hampir sama dengan kejayaan negara mencapai kemerdekaan, Sammy Vellu pemimpin kaum India Malaysia kini sedang menghadapi saat-saat kejatuhan beliau apabila ada usaha bagi pemimpin pusat , iaitu Umno mahukan beliau di tukar dengan pemimpin yang baru agar dapat memberi nafas dan kekuatan baru buat MIC, satu-satunya parti kaum India di Malaysia yang diagggap kuat dan membantu kaum India Malaysia.

Namun , bagi Sammy Vellu , usaha untuk mengekalkan jawatan di dalam MIC sebagaimana rancangan peralihan untuk timbalan beliau Palaniavel dianggap sebagai usaha memilih pemimpin yang mengikut telunjuk beliau dalam memimpin MIC dan kaum India dipandang sinis oleh pentadbiran pusat khasnya Umno dan pentadbiran negara yang mahukan beliau melaksanakan peralihan dengan secepat mungkin.Usaha menjatuhkan beliau sedang giat diusahakan sekarang ini.

Baru-baru ini dalam pemilihan parti MIC , Sammy Vellu berjaya mengekalkan jawatan beliau tanpa adanya tandingan selain ada 3 lagi pertandingan di peringkat Timbalan dan melihatkan calon pilihan presedien S Palanivel menang dengan selesa walau di didasak oleh S.Subramanian yang dianggap masih punya pengaruh besar dalam MIC.Kejayaan Palanavel dianggap kejayaan besar Sammy vellu walau pimpinan Umno sebuah parti dominan dalam gagasan Bn sudah melihat betapa Sammy Vellu kini adalah liabiliti kepada Umno dan Bn untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Desakan demi desakan akhirnya muncul suara dari Mahathir Mohammed yang mendesak Sammy Vellu melepaskan jawatan beliau dalam parti bagi memberi peluang agar calon yang bakal memimpin MIC adalah muka baru, dan menurut Mahathir , Sammy Vellu perlu sedar dan Faham akan masanya sudah tiba kerana kaum India di negara ini sudah tidak sukakan beliau sebagai pemimpin, dan buktinya MIC gagal menyelamatkan Umno dan parti lain untuk mengukuhkan Bn dalam pilihanraya lepas.

Sejak pemecatan Anwar Ibrahim sehingga kini, Umno dilihat kalah buat kali pertamanya dalam pilihanraya 1999 di mana sokongan orang Melayu kepada Umno terus menjunam sehingga 70%, manakala parti komponen pada masa itu, iaitu MIC dan MCA serta Gerakan dilihat menjadi penyelamat kepada UMno untuk membentuk kerajaan.Pertama kali dalam sejarah kemerdekaan negara , Umno menerima tamparan hebat di kalahkan oleh parti PAS untuk mendapat sokongan kaum Melayu.

Selain isu yang dibawa Mahatir sebagai satu konspirasi, DS Najib Razak Juga menyuarakan hasrat beliau untuk berbincang dengan Sammy Vellu agar beliau dapat menyegerakan proses transaksi bagi menylamatkan maruah MIC dari terus tercalar dengan melakukan berbagai isu.Di Pulau Pinang, kegagalan MIC dilihat apabila gagal membela nasib kaum India di kampung Buah Pala. Ianya sebenarnya bukan kegagalan parti DAP di Pulau Pinang, akan tetapi ianya menunjukkan kegagalan MIC membela kaum India di negeri tersebut. Manakala di Shah Alam pula kes" kepala lembu" ialah menunjukkan bahawa MIC juga gagal dalam menjaga agama kaum India di Malaysia apabila kuil yang berusia 100 tahun itu di pindahkan ke kawasan baru. Semua ini melihatkan betapa kegagalan Sammy Vellu dalam menguruskan kaum India di Malaysia.

Selain kaum India berpecah kepada beberapa parti, IPF,PPP, dan kini Makkal Sakthi yang dipimpin oleh seorang pejuang anti ISA dimana ianya akan dilancarkan pada 10 oktober nanti.Semua ini dilihat betapa Sammy Vellu telah gagal dalam mengawal kaum India di Malaysia,manakala semua kesalahan tersebut seolah-olah adalah kesalahan total Sammy Vellu dalam menjaga kebajikan dan kepentigan kaum India di Malaysia.

Umno/Bn juga perlu melihat perpecahan dan proses seperti ini menguntungkan mereka dalam pilihanraya ini, manakala dari satu sudut yang lain pula, ianya mungkin kn melibatkan penarikan keluar MIC dan menyertai pembangkang khasnya parti gabungan dalam PR.Semua ini adalah satu kemungkinan yang lain pula

Kini Umno sebagaimana mahukan pemimpin yang lebih agresif bertindak , juga merancang satu sistem bagi menjaga kepentingan kaum lain dengan slogan 1 Malaysia sebagaimana yang dilaungkan oleh Najib Razak. Dalam masa yang sama, Umno juga terlibat dalam usaha mengambil hati kaum lain dan mengikut contoh agenda yang di bawa DS Anwar Ibrahim dimana menyatakan bahawa kewajpan membantu kaum Melayu dan menjaga kaum lain dalam kerajaan baru dan acuan baru yang dimahukannya bagi terus mendapat sokongan semua rakyat Malaysia seramai 26 juta orang. Setelah satu pemimpin dengan satu slogan, kini kaum dan rakyat Malaysia bersedia untuk berubah iaitu agenda yang dibawa Anwar Ibrahim, ikon negara sebagai seorang tokoh yang dilihat lebih berwibawa untuk mentadbir negara.

Walau pembangkang yang menamakan diri mereka adalah Pakatan Rakyat, walau sedikit perubahan yang dibawa membuktikan betapa kerajaan ini masih lagi menjaga kepentingan rakyat, Misalnya sebuah parti kaum Cina , iaitu DAP memerintah kaum lain di sebuah negara di utara iaitu Pulau Pinang, dengan sedikit politik dan retorik ungkapan Islam dengan "amal maarof nahe mungkar" , Guan Eng dilihat berjaya memberikan semula duit bantuan sekolah agama yang di tarik Umno, polisi membantu golongan susah dengan potongan bil air,menjaga dan memberi serta mengumpul warga emas untuk bantuan, dan mengistiharkan miskin tegar dengan menghapuskan miskin di Pulau Pinang dengan menaikkan tahap pendapatan RM400 ke RM500 dan nampaknya strategi ini berjaya.

Begitu juga di Selangor dan Kedah yang sedang berusaha untuk memberi kemudahan dan melakukan kebajikan kepada rakyat dan polisi ini dilihat berjaya walau pun tidak disiarkan oleh akhbar arus perdana.Bagi rakyat usaha ini dilihat amat berjaya. Namun dalam masa yang sama pemimpin pembangkang juga harus bijak bertindak dengan melancarkan peranan masing-masing dalam negeri yang di perintah mereka. Apakah dasar mengukuhkan kaum Melayu di laksanakan, apakah dasar untuk membentuk tabung usahawan, dan juga koperasi berjalan dengan baik atau apakah perlaksanaan tersebut berjalan lancar agar dapat menunjukkan betapa pemimpin Melayu selain yang berada dalam Umno berjaya membantu Melayu lain untuk maju.

Adakah dasar 1 Malaysia ini akan berjaya mengajak orang Melayu untuk terus memberikan sokongan kepada Umno, atau ianya sebagai sebuah parti yang juga turut akan berkubur sebagaiman teori yang menyatakan bahawa DS Najib adalah pemimpin terakhir bagi Umno mentadbir negara ini. Kini , Umno sedang meniup api kebencian dan kegagalan Samy Vellu dalam MIC dan dalam masa yang sama ucapan selamat malam buat Sammy Vellu semakin dekat untuk mendesak beliau melepaskan jawatan. Tambahan pula beliau bukan lagi wakil rakyat di Sungai Siput....



Amiruddin Ahmad adalah exco ALIRAN,
ALIRAN Kesedaran Negara,
Wartawan bebas menulis untuk akhbar Suara keadilan
dan kini akhbar baru Konsep Era Pakatan,
Lulusan USM dalam bidang Sejarah dan Sains Politik.

No comments: