RAKYAT SAMBUT KEMENANGAN


---25 Ogos 2009---Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.
Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.
Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIMKETUA PEMBANGKANGDEWAN RAKYAT MALAYSIA
Sent via BlackBerry from Maxis









PERMATANG PASIR-Kemenangan PAS disambut anak muda dibeberapa tempat bagi meraikan kejayaan calon Pakatan Rakyat.Walau dikatakan satu kerusi dan macam-macam tohmahan dari parti pembangkang Umno, namun ianya tidak bagi anak-anak muda ini kerana kejayaan ini adalah kejayaan rakyat kepada calon mereka yang diharapkan bukan untuk mendapatkan projek,mengayakan anak pinak,menipu rakyat dengan menjual tanah, atau menipu orang kampung.


Maka kerana itu kejayaan ini membawa besar ertinya kepada rakyat kerana mereka tahu bahawa calon wakil rakyat mereka tidak punya kereta mewah,senang berhubung,mudah berjumpa,tiada perniagaan yang akan mengabaikan mereka,dan yang lebih penting lagi tahu pula menjadi imam dan mengajar jika terbabas.Maka kerana itu calon ini dan kemenangan ini diraikan.











Sementara itu di Permatang Pasir dalam malam yang sama satu sidang akhbar telah diadakan.Dato Mahfuz menjelaskan bahawa Umno gagal untuk menambat hati orang Melayu sehingga kini, dan apa yang dikesalkan anak-anak muda terutamanya meggunakan budak-budak sekolah di Paya Keladi,Sekolah Ahmad Said dan ketuanya semalam ialah Dato Saidin dan juga Naina Mohammad.


Ramai yang melihay angkara ini sebagai satu kegagalan Umno untuk mendidik anak muda dan terima kasih kerana dengan adanya gerombolan ini, memudahkan kemenagan PAS dimasa akan datang sekiranya Umno yang tidak pernah mahu mengkaji kesilapan dari suka mengulanginya.Maaf kepada Umno kerana kalah lagi pada kali ini.demikian jelas dato Mahfuz.


No comments: