KAMPUNG BUAH PALA KEMUNGKINAN DAPAT DI SELAMATKAN??



Hari ini kerajaan negeri melalui Ketua Menteri menjelaskan bahawa betul adanya perintah dari mahkamah tinggi , namun dalam beberapa hal pembanggunan dalam tanah kerajaan negeri mempunyai akta tertentu iaitu dibawah

"seksyen 116 dimana dijelaskan bahawa kebenaran untuk membangunkan sesuatu banggunan tertakluk dibawah bidang kuasa pentadbiran tempatan"demikian jelas Guan Eng lagi.

Menurut Guan Eng lagi pihak kerajaan negeri akan merujuk terus kepada pihak pembanggunan tanah kerajaan negeri dan kemudiannya akan merujuk kepada mahkamah.

Baru-baru ini kerajaan negeri , telah menubuhkan satu badan siasatan bagi pihak kerajaan negeri yang di pengerusikan oelh TKM1 Dr Mansur Othman dan juga Prof Ramasamy yang bertindak sebagai TKM2 Pulau Pinang.

Kes ini menjadi rumit apabila pihak kerajaan Bn mencuci tangan dan menuduh kerajaan negeri bertanggungjawab, walau pun usaha kerajaan negeri memujuk kerajaan Pusat agar membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Namun kerajaan pusat tidak mahu bertanggungjawab kerana walau pun kes penjualan tanah ini dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Bn yang di ketuai oleh Koh Tsu Koon.

Kini sebagai membalas tindakan kerajaan Pusat yang menuduh kerajaan negeri tidak bertanggungjawab, satu siasatan sedang dijalankan jika adanya penyelewengan dalam penjualan tanah berkenaan.

No comments: