Mansor angkat sumpah Timbalan Ketua Menteri Rabu ini



31/05/2009 10:31pm


BUKIT MERTAJAM 31 Mei — Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang baru dipilih, Mansor Othman akan mengangkat sumpah jawatan Timbalan Ketua Menteri I pada Rabu ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.



Lim memberitahu pemberita di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara di sini bahawa Mansor akan dapat menghadiri mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri akan datang.



Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Mansor dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada rakyat.


No comments: