SPR TETAP PENDIRIAN-TAPI SERINGKALI BERUBAH BILA MEMIHAK PAKATAN


PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan larangan kepada parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto) berkata, SPR tetap dengan keputusan mereka dan mahu semua parti politik dan penyokong parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "Kita tetap dengan pendirian untuk kuat kuasakan undang-undang tersebut bagi mengelakkan wujudnya masalah terhadap pengundi dan petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara menggesa SPR agar menarik balik keputusan larangan tersebut dan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan SPR esok bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.


Bagaimanapun Abdul Aziz memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai rancangan pertemuan tersebut.

No comments: