PENANTI:JANGAN PANDANG MUDAH UNTUK PAKATAN RAKYAT

PERMATANG PAUH -Pilihanraya penanti adalah medan peperangan sebenar untuk Umno melihat sejauh mana kekuatan yang bakal mereka tempuhi.Memang kemenangan lalu oleh Fairus Khairuddin kerana kemuncak segala kekuatan yang dikerahkan oleh pekatan melalui sokongan tanpa wang melainkan kekutan semangat untuk membenamkan Barisan Nasional di di ketika itu sehingga tersungkurnya Barisan Nasional di Pulau Pinang.Kemelut PKR menjadi lebih nyata apabila wujudnya ahli yang menggunakan kuasa tanpa budi bicara menilai pimpinan.Kini ada beberapa kumpulan atau puak yang masing-masing menyalahkan beberaa pihak yang lain pula.Sementara kekuatan jentera pilihanraya terletak juga di tangan para penyokong PAS setempat.
penanti state seat penang 200409
Harga yang perlu dibayar oleh Umno dan Pakatan terlalu tinggi untuk Penanti kali ini.Memang pada mulanya tanggapan Datuk Seri Najib ialah agar pakatan usah bertanding di Penanti.Mungkin dalam mencongak alasan tersebutlah maka beliau tidak mahu bertanding.Namun harus diingat dengan kuasa mengundi di tangan rakyat Penanti segalanya berkemungkinan jika dilihat kepada status dan statistik yang dipamerkan.Maka kerana itu Umno akan meletakkan calonnya di Penanti.Dengan desakan bayang-bayang Mahathir di sebalik tabir, sudah tentu Umno akan meletakkan calon nya.


Kenapa ianya dikatakan demikian.Jika dilihat kepada corak dan sokongan pengundi dikawasan ini ialah mereka mahukan anak tempatan dan berpendidikan.Soal jalanraya,air elektrik sudah tidak menjadi isu lagi.Ini Penanti hanya 30 minit untuk ke Georgetown dan bukan di Sabah atau Sarawak .Ramai yang terdidik dikawasan ini dan dapat menilainya.Maka calon yang perlu di ketengahkan oleh Pakatan ialah melingkungi kretiria seperti ini. Oleh yang demikian jika tiadanya ciri ini kemungkinan Pakatan Perlu bekerja lebih kuat harus di laksanakan.Bagaimana pula dengan Umno? jika muka yang itu-itu juga di letakkan maka ianya akan mengalami nasib sama yang lebih awal untuk dinilai keputusannya.

Satu lagi jika di bawa Mahathir berkempen di kawasan ini, maka hayat Umno juga akan diketahui juga akhirnya.Dato Najib harus hadir dan bukannya Mahathir. Mahathir hadir hanya mempercepatkan kekalahan yang bakal di alami Umno.


Maka kerana itulah semua harus menghayati PIAGAM RAKYAT dan DEKLARASI PERMATANG PAUH yang di lancar sejak septembar 1998 lalu.

many-colours-1.jpg

The People’s Voice (PDF version )

The People’s Declaration (PDF version)

Piaggam Rakyat (PDF version)

http://media1.malaysiakini.com/140/0d9aab66d83ab12838d9d8f33f4d37c9.jpg



Dato Seri Aanwar Ibrahim and Dr Wan Azizah Wan Ismail at Masjid Negara 1998

Bahasa Malaysia Translation: Deklarasi Permatang Pauh

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat;

Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula;

Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

* Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

* Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

* Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Democrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

* Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

* Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

* Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

* Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi......reformasi.......reformasi...

No comments: