SUARA KEADILAN AKAN TERUS DIKELUARKAN-TIAN CHUA





Parti Keadilan Rakyat akan terus menerbitkan akhbar Suara keadilan walau pun di larang dan digantung selama 3 bulan oleh KDN.Menurut Tian Chua.



"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," kata ketua penerangannya Tian Chua."Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita."Malah akhbar Harakah juga akan teteap mengeluarkan akhbar mereka .Harakah yang mulai tahun ini mendapat permit selama 2 kali seminggu.Tian Chua juga menjelaskan bahawa ;


"Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah.

Menurut Datuk Mustafa Ali selaku pengerusi akhbar tersebut ,semua Ahli lembaga pengarah Harakah dijangka akan mengadakan satu mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut, katanya.

”Mungkin akan ada lagi tindakan yang lebih ketat terhadap media dimasa-masa akan datang.”demikian jelas Tian Chua lagi

Akan tetapi buat masa ini dengan adanya pilihanraya kecil,pemilihan Umno,peralihan kuasa,dan ini sebenarnya boleh menjejaskan parti pemerintah iaitu Umno yang menjadi dominant dalam pakatan pemerintah Barisan nasional.Menurut kementerian dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini dilaporkan berkata KDN tidak senang dengan laporan yang dimainkan oleh kedua-dua akhbar itu yang didakwa "salah, sensasi dan sensitive, mengelirukan"




Kedua-dua parti dijangka akan berjumpa Suhakam esok sebagai langkah membantah apa yang dianggap sebagai menjejaskan hak asasi bagi kebebasan media.Selain Tian, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bersama ketua pemuda masing-masing akan menyertai perhimpunan di kaki bangunan suruhanjaya itu di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.


Tindakan ini dilihat oleh rakyat sebagai "tidak gentle" oleh Umno.Umno akan di persalahkan dalam setiap tindakan yang dibuat jika hanya untuk kepentingan parti mereka.Rakyat menganggap bahawa dengan kelebihan menggunakan semua media, kerajaan pemerintah tidak seharusnya menahan orang ramai dari mendapatkan maklumat dan ini menjatuhkan reputasi parti.Umno harus memberi ruang dan betulkan parti dimana yang sepatutnya jika mahu orang-orang melayu kembali semula.
GAMBAR-GAMBAR FAHMI DARI SUARA KEADILAN

No comments: