Yusmadi angotai Kumpulan Penasihat Rentas Parti




, 21 Februari 2009
KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI (SK) - Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff dilantik untuk menganggotai Kumpulan Penasihat Rentas Parti (Cross Party Advisory Group, CPAG) yang dianggotai tokoh politik pelbagai parti,



Kumpulan yang ditubuhkan oleh sebuah badan pemikir profesional, Malaysia Think Tank (MTT) ini turut dianggotai oleh Setiausaha Agung Pas yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaffar, Timbalan Pengerusi DAP Tunku Aziz Ibrahim, Ahli Parlimen Pulai dari Umno Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Wong Nai Chee.
Menurut Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, penubuhan kumpulan ini adalah satu tindakan berani yang diambil oleh Malaysia Think Tank beliau akan sedaya upaya untuk membantu kumpulan ini.



“Model rentas parti yang digunapakai oleh MTT merupakan satu model berani. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin pertubuhan yang bercita-cita tinggi ini ke arah memperkukuh demokrasi di negara kita,” katanya yang dipetik dari laman Malaysia Think Tank.
Sementara itu, mengulas perlantikan berkenaan, Ketua Pengarah MTT, Wan Saiful Wan Jan berkata tokoh-tokoh ini walaupun berlainan pemikiran polikik, namun sebagai sebuah organisasi, MTT tidak bercakap mewakili mana-mana tokoh-tokoh ini.



“Memang terdapat perbezaan dan kami sedar bahawa mereka merupakan tokoh-tokoh yang disegani yang akan terus berkhidmat untuk parti masing-masing demi untuk negara. Kami akan meminta nasihat mereka untuk melahirkan idea-idea yang boleh membantu menjadikan Malaysia lebih maju dan harmoni,” katanya.



No comments: