Tuesday, April 29, 2008

ANWAR "KEMBALI" KE PARLIMEN



Sidang Perasmian parlimen yang bermula pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri , yang menjadi ikon rakyat dengan tujuan mengiringi pasangannya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.Setelah lebih dari sedekad beliau kini kembali ke parlimen semula.


Anwar yang mengetuai pakatan pembangkang dikatakan bersiap sedia untuk kembali semula ke parlimen.Beliau yang begitu yakin melangkah masuk dan duduk di kerusi pemerhati awam dimana mendapat penghormatan dari semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Apabila ditanya adakah kenyataannya selama ini benar.Beliau dengan penuh keyakinan memberitahu bahawa beliau pastinya akan kembali menjejaki kakinya di dalam banggunan parlimen ini ."Saya akan kembali semula ke dewan parlimen ini." demikian tegas Anwar dengan penuh yakin.


Sementara itu menurut maklumat dari pihak parti , salah satu tempat di mana-mana bahagian parlimen akan dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai wakil.


Apabila ditanya wartawan dikawasan manakah yang akan ditandingi beliau, secara berseloroh,
"Saya akan kembali semula ke persada politik tanahair dan kawasan yang sedang menjadi tumpuan saya ialah Kuala Kangsar,namun saya serahkan kepada parti untuk menentukannya"
demikian tegas beliau lagi. Rafidah Aziz bekas menteri kabinet yang paling tua dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional. Beliau yang memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar walau gagal menandatangi beberapa borang semasa penamaan calon baru-baru ini.Wan Azizah pula menyatakan bahawa Anwar akan kembali semula , tetapi "kami sedang menungg masa yang sesuai".


"Sepuluh tahun adalah masa yang panjang, namun saya menghormati teman-teman yang berada dalam keabinet Barisan Nasional masa kini. Mereka mengucapkan kata-kata yang senang didengar tetapi saya tidak akan menyatakan kepada anda apa yang mereka bisik kan kepada saya", demikian tegas Anwar lagi


Selepas upacara selesai, Anwar hadir di tempat VIP bersama-sama dengan isterinya namun tidak berbual banyak dengan perdana Menteri, cuma menyapa beliau.


Anwar berada bersama pasangan Yang Di Pertuan Agong . PKR semalam membuat bantahan kerana tidak menjemput Wan Azizah dan pasangannya, tetapi kemudiannya menerima jemputan lewat petang semalam.


MAKLUMAT DARI MALAYSIAKINI

DARI HISHAMUDDIN RAIS




Ketika saya membesar di Jelebu, di minggu akhir di setiap bulan Ramadan saya akan memasang lampu pelita di sekeliling kawasan rumah saya. Cahaya pelita ini adalah tanda, nahu dan bahasa sebagai persediaan dari seorang kanak-kanak untuk menyambut malam Tujuh Liku atau malam kesampain Lailatulqadar. Satu malam yang paling suci lagi kudus berbanding dengan seribu malam-malam yang lain.


Mitos malam Lailatulqadar mengajar saya sebagai kanak-kanak untuk menyimpan harapan, mimpi dan niat. Kami kanak-kanak cukup bijak untuk menyimpang siurkan ajaran agama yang kami sendiri pun kurang arif. Kami cukup yakin bahawa di malam Lailatulqadar ini ada satu ketika di mana semua makhluk dan tumbuhan di bumi ini akan menyembah sujud kepada pencipta Yang Maha Esa. Pada malam yang mana satu? hari yang mana? jam berapa? Detik dan saat yang mana Lailatulqadar ini akan sampai tidak pernah di ketahui. Malam ini menjadi satu misteri untuk kami kanak-kanak.


Dari apa yang disurahkan, malam kudus ini hanya akan ditemui oleh mereka yang warak, suci dan beriman. Tetapi untuk kami kanak-kanak – iman, suci dan warak – bukan perhitungan. Saya menunggu kesampaian malam ini kerana saya memiliki seribu satu macam permintaan yang ingin saya sampaikan kepada Yang Maha Esa.


Dari surah orang tua-tua Malam Lailatulqadar akan melawati satu kali sahaja sesiapa yang bernasib. Kedatangannya mungkin dapat dilihat dan mungkin tidak dapat dirasai. Seperti ia sampai, malam ini juga akan pergi tanpa gendang dan nobat. Pernah saya mendengar riwayat bagaimana seorang lelaki warak ketika ingin mengambil air sembahyang telah meletakkan songkoknya di tepi perigi. Bila selesai berwuduk si Alim ini terperanjat besar kerana songkoknya telah tersangkut tinggi di pucuk kelapa. Ini berlaku kerana ketika si Alim ingin berwuduk Lailatulqadar telah sampai. Rupa-rupanya songkok telah diletakkan di daun kelapa kerana ketika itu pokok kelapa sedang bersujud kepada Yang Maha Esa.


Sayangnya Lailatulqadar datangnya hanya sekali. Si Warak ini tidak membuat apa-apa permintaan. Apa yang saya surahkan tadi adalah mitos pada zaman saya kanak-kanak. Apa yang ingin saya sambung di sini bukan mitos tetapi politik yang di eja dengan huruf K – realpolitik.


Sesudah pilihan raya ke 12 , Pakatan Rakyat telah ditubuhkan sebagai satu wadah untuk membawa politik baru. Pada awalnya ramai yang memiliki pendapat bahawa 5 negeri yang telah di menangi oleh Pakatan Rakyat perlu dijadikan negeri contoh. Ertinya ada ketelusan, ada keterbukaan dan ada sistem pentadbiran yang menyebelahi kepada tuntutan rakyat. Tanpa amalan rasuah dan tanpa birokrasi yang menyusahkan, maka negeri-negeri ini akan makmur. Pada pilihan raya yang akah datang 5 negeri Pakatan Rakyat akan menjadi contoh untuk membawa masuk negeri-negeri yang lain.


Bodoh. Ini pandangan bodoh yang tidak memiliki asas politik dan ekonomi. Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan sekarang. Lailatulqadar hanya datang sekali sahaja. Jika tidak diambil sekarang masa dan ketikanya tidak akan berulang lagi. Jangan sampai songkok tersangkut di pucuk kelapa.


Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang enggan dan tidak memahami apa itu konsep Federal/Persekutuan. Barisan Nasional yang selama 50 tahun ini telah memerintah tanpa mengambil indah dan menghormati konsep federal. Persekutuan Tanah Melayu/Malaya/Malaysia adalah negara federalisma di mana ada kuasa kerajaan federal dan kuasa kerajaan negeri. Pemisahan ini jelas dalam Perlembagaan. Kerajaan Barisan Nasional selama 50 ini telah meraban-raban ke hulu ke hilir dengan kuasa mereka tanpa ada halangan. Penyalah gunaan kuasa seperti ini wajib dijadikan sejarah.


Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan Malaysia secepat mungkin untuk memberhentikan penyalah gunaan kuasa. Lailatulqadar hanya datang sekali sahaja.
Pakatan Rakyat hari ini sedang berhadapan dengan gerombolan Barisan Nasional yang telah kalah teruk. Kita tidak perlu membuka kitab Mao untuk memahami garis politik yang tepat - ketika musuh menyerang kita undur dan ketika musuh lemah kita menyerang. Barisan Nasional kini sedang nazak. Inilah masa yang tepat untuk terus menyerang dan membungkus mereka untuk dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah. Lailatulqadar hanya datang sekali.


Perhatikan apa tingkah laku gerombolan Barisan Nasional ketika mereka nazak. Perjanjian di antara negeri dengan Kementerian Pelancongan telah dilupuskan. Ketua-ketua kampung di Perak telah di berhentikan. Ahli JKK diubahsuai. Fail dan maklumat negeri telah di musnahkan. Ini dilakukan ketika mereka nazak. Bayangkan jika mereka dapat bangun berjalan pasti Pakatan Rakyat akan dipukul musnah.


Lihat pula apa yang terjadi di Selangor. Dana NGO Balkis telah dipindahkan oleh isteri Khir Toyo seolah-olah ini harta datuk nenek moyang mereka yang dibawa dengan tongkang dari Jawa. Ini belum lagi di perinci berapa banyak fail-fail yang telah dikoyak rabak dan dimusnahkan sebelum pentadbiran kerajaan baru dapat memasuki pejabat kerajaan.
Sila jangan lupa apa yang terjadi kepada Radio Selangor? Radio ini adalah hak milik kerajaan negeri Selangor. Tiba-tiba stesen radio ini dipindahkan ke Angkasapuri. Apakah ini dengan niat jahat atau dengan niat baik?


Sila jangan lupa apa yang berlaku pada subuh 15 April 2008. Rumah Dr.Wan Azizah dan rumah Menteri Besar Selangor telah didatangi oleh polis. Polis telah diarahkan untuk mengambil kenyataan dari Wan Azizah dan MB Selangor kerana malam sebelumnya Pakatan Rakyat telah mengadakan satu rapat raksasa di Kampung Baru yang dianggap ‘perhimpunan haram’.
Dengan angkuh pihak polis telah enggan mengambil kenyataan Dr Wan Azizah dan MB Selangor di pejabat mereka. Polis mendesak mereka berbondong-bondong ke balai seolah-olah untuk dilihat umum sebagai orang jahat. Ini arahan siapa? Mereka langsung tidak ada niat untuk hormat kepada Menteri Besar dan Ketua Pembangkang.


Bandingkan dengan kes raba-raba buntut pelayan yang pelakon utamanya Jamaluddin Jarjis. Dari laporan akhbar, kita diberitahu bahawa ketua polis yang sama telah menjalankan siasatan. Tetapi di mana kenyataan Jamaluddin Jarjis ini diambil? Dari laporan akhbar kita hanya di beritahu bahawa “pihak polis telah menemui bekas menteri ini di satu tempat”.


SATU TEMPAT ini di mana? Kenapa Jamaluddin Jarjis tidak diminta datang ke balai polis. Kenapa Wan Azizah dan MB Selangor dipaksa datang walhal kes raba-raba buntut adalah satu jenayah seksual yang amat berbahaya. Ini adalah bukti bahawa pihak polis juga kini telah menjadi perkakas Barisan Nasional. Mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gerombolan Barisan Nasional ini.


Kerana itu Pakatan Rakyat tidak akan selamat jika tidak mengambil kerajaan Persekutuan secepat mungkin. Lailatulqadar datang hanya sekali. Jangan nanti tercengang-cengang apabila melihat songkok tersadai di atas pucuk kelapa.


Saya yakin dalam masa jangka yang singkat gerombolan Barisan Nasional dan United Malay National Organisation akan melakukan pelbagai bentuk sabotaj. Berita telah mula keluar tentang dana federal akan dikurangkan ke lima negeri-negeri Pakatan Rakyat, walhal lima negeri inilah pembayar cukai terbanyak dan penjana ekonomi Malaysia.
Adalah menjadi satu kesilapan besar jika ada penyokong Pakatan Rakyat merasa takut untuk terus mara merampas dan mengambil pentadbiran Persekutuan. Warga dan para penyokong Pakatan Rakyat wajib bersedia dan jangan takut dengan kemenangan.


Jika gerombolan Barisan Nasional ini faham dan menghayati konsep dan falsafah federalisma maka tidak timbul saranan untuk merebut kerajaan Persekutuan. Tidak timbul tiupan sangka kala ini. Kerajaan dalam sistem demokrasi boleh beralih dan bertukar ganti.
Adalah satu kesilapan politik besar jika para pemimpin Pakatan Rakyat cuba menunggu lama dan hanya melihat gerombolan Barisan Nasional yang telah tergelincir kuasa. Mereka yang tergelincir dan berkemungkinan hilang kuasa akan melakukan apa sahaja. Bayangkan berbilion-bilion ringgit dana yang selama ini mereka rompak dan agihkan kepada suku sakat mereka. Tiba-tiba pengaliran dana ini akan dihentikan oleh Pakatan Rakyat.


Bayangkan pula ratusan ribu hektar tanah yang tela berikan oleh Khir Toyo kepada kaum keluarganya di Selangor. Bagaimana pula di Perak, di Negeri Sembilan, di Kedah dan di Pulau Pinang? Semua ini akan dikaji siasat. Dan mereka sedar jika mereka tidak menyerang Pakatan Rakyat mereka semua akan di bawa ke mahkamah. Tetapi buat masa ini kerana mereka sedang bergaduh sesama sendiri maka tenaga dan daya usaha mereka belum sempat di hadapkan kepada Pakatan Rakyat.


Justeru bila musuh lemah kita menyerang. Jangan tunggu mereka kuat. Lailatulqadar hanya datang sekali.
Pakatan Rakyat wajib belajar dari apa yang telah terjadi di Terengganu. Apabila Haji Hadi telah menemui ratusan ribu duit tunai dalam laci Wan Mokhtar pada malam kemenangan di Terengganu pada tahun 2004 dahulu, tidak ada apa-apa tindakan diambil. Ini kesilapan besar. Apabila musuh jatuh itulah masanya kita menerkam. Apabila musuh lemah itulah masanya kita menyerang. Dalam politik kita mesti berani mencekik leher seteru politik kita. Jika tidak musuh ini akan menyusun untuk bangun dan melawan kembali.
Rakyat sedang menunggu untuk merebut kemenangan. Kerajaan Persekutuan wajib diambil secepat mungkin. Saat dan masanya untuk bertindak ialah sekarang. Jangan biarkan saat itu beredar. Malam Lailatulqadar hanya datang sekali. Lima tahun dari hari ini jangan ternganga dan tercengang kerana songkok tersangkut di atas pucuk kelapa.

Monday, April 28, 2008

WHAT ANIL NETTO SAID ABOUT MEGA PROJECT IN PENANG.

Today, I just want to thank God for confounding the proponents of the mega transport projects in Penang and delaying them (just like he confounded those pushing for the PGCC project). The bridge partners are now arguing about cost apportioning and design costs - and the project hasn’t even started! Porr, on the other hand, has not even got off the ground after years of inaction while the monorail salesmen are busy trying to convince the Penang government that the overhead train is the greatest thing since the invention of the wheel.
All these multibillion projects may not be in the best interest of the state and of ordinary Penangites. Think about this:
Fact No. 1 - The oil price today is US$116 per barrel (for dated Brent Spot) - and we can expect the upward trend to continue. Can you imagine how much the petrol will cost just to go up and down the bridge in say 10 years? And let’s not even talk about the toll.
Fact No. 2 - World oil production is close to a peak and it is increasingly more difficult and more expensive to find new oil reserves. Production will not be able to keep pace with demand.
Fact No. 3 - Malaysia will become a net importer of oil within a few years and our oil reserves may not last more than a generation.
Fact No. 4 - The roads of Penang are already congested. In fact, Penang Island already has a higher traffic density than Singapore even though Singapore has about 5-6 times the population of Penang Island. How much more traffic can it absorb before it becomes a living hell?
Fact No. 5 - The ferry service today is operating at half the capacity compared to the late 1970s. The old ferry terminal on the mainland which collapsed was never rebuilt. No wonder the ferry service does not have the economies of scale that it once did. No wonder there is so much congestion on the bridge.
Fact No. 6 - Climate change and global warming are here to stay.
Fact No. 7 - More cost effective alternatives have not been considered.
With this in mind, it is amazing that our “planners” want to take us down the (tolled!) path of unsustainable transport infrastructure projects that promote private vehicle ownership and more fossil fuel consumption and which will lead to congestion, pollution and global warming.
Let’s tot up the bill for going down this unsustainable path:
Second Penang Bridge - RM4.3 billion (UEM is said to have come up with a figure of RM4.8 billion!)*Penang Outer Ring Road - RM1.1 billionMonorail - RM3.5 billion
Total cost: RM8.9 billion
Allowing for further cost escalations, say a total of RM10 billion at least.
* This cost is probably inflated, as one expert told me that material costs for the second bridge should not exceed a billion ringgit - RM2 billion at most. Even The Edge business weekly in its cover story this week suspects that the RM4.3 billion figure could be inflated.
With a fraction of that RM10 billion total bill, we could do wonders for public transport - and other social spending - in Penang.
What could we do with say RM3-4 billion?
Expand the ferry service and build more ferry terminals at different locations
Introduce trams
Build a cross-channel rail link perhaps alongside the Penang Bridge
The Penang state government’s new high-powered team for the second bridge should shift its focus to public transport for the whole state.
It is incredible that we can even think of mega transport projects when we haven’t even come up with a transport masterplan for the state that would promote public transport. We haven’t even considered the implications for traffic and the environment in the state.
Why the hurry to spend billions before thoroughly studying the situation and looking at feasibility studies? In the first place, why even borrow US$800 million from China to finance the second bridge? And where are the EIA reports?
We still have time to do some proper planning before throwing away billions - which ordinary Penangites will have to bear for years.
In the meantime, expand the ferry service. That should immediately reduce congestion on the bridge.
And then let’s consider ALL the alternatives which would include an improved bus service, trams, ferries and a cross-channel rail link. Come up with an integrated masterplan and don’t work on a piece-meal, ad hoc basis.
Penangites cannot make an informed choice if we have not considered all the various options thoroughly and listened to the views of the best public transport experts from around the world (ie those who do not have any vested interests in infrastructure projects). Why not invite public transport experts from cities with excellent public transport to tell us how they reduced their traffic nightmares at a fraction of the cost?
The good thing about promoting public transport is that it will create more long-term local jobs. Think of the construction of new ferries and ferry terminals, assembling of buses, laying of rail tracks for trams, more ferry pilots, ferry crew, tram drivers, bus drivers, admin staff, maintenance personnel…
It will lead to less stress and congestion on the roads as pedestrians and cyclists reclaim the streets. It will also be a lot more sustainable and spark more economic activity in the town centres as the experience of other cities with excellent public transport amply demonstrates.
Wouldn’t you want to live in a charming heritage city where you could walk past old shophouses along the tree-lined streets in town, use efficient public transport that won’t cost an arm and a leg, sip a drink at a road-side cafe and watch the world go by without choking from the fumes of passing vehicles? I know I would.
Do you really think those boys in Putrajaya share this vision of Penang? Do you think they care about the environmental consequences?
In a sense, we are at a crossroads. Penang is in a unique position to do something different - something sustainable, environmentally friendly and people and pedestrian friendly - which could be the talking point of the region. If we go down the wrong road, I don’t even want to think of the consequences. It will be the end of Penang as we know it.
Anyone up for a ‘Bloggers for Trams’ in Penang campaign?
Sunday, 27 April 2008 Posted by anilnetto Energy resources

Sunday, April 27, 2008

ADAKAH MALAYSIA MASIH MAHUKAN SABAH SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA???RAKYAT SABAH DINASIHAT CEPAT MEMBERI SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT

KEPADA RAKYAT SABAH, TAWARAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM DILIHAT LEBIH LOGIK JIKA ANDA DAN WAKIL ANDA MAHUKAN PERUBAHAN. JIKA KAMI DI SEMENANJUNG BOLEH MELAKUKANNYA, MAKA ANDA SEMUA JUGA MAMPU MENGUBAHNYA.LAKUKAN SKARANG.




UCAPAN BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH TAN NYIP SHEN


Ucapan beliau dalam forum suku tahun partama laporan rancangan Malaysia ke 9.

Beliau yang merupakan penasihat sains dan teknologi maklmat kepada Ketua Menteri Sabah membentangkan dalam satu forum yang yang diorganisasikan oleh Pusat Kajian Dasar Umum bersama Universiti Tebuka Wawasan

Menurut beliau hasil dari kajian yang dijalankan menunjukkan betapa masih banyak kawasan yang tidak dimajukan , malahan kawasan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada rakyat Sabah sendiri.

Dalam tahun 1990, kami mempunyai banyak rakyat yang berada dibawah aras kemiskinan iaitu 30 % sama dengan Kelantan namun mereka telah menurun dari 10.3% sementara kami masih 23%,tambah beliau lagi.

"Diantara 1995-2005 dari segi kadar buta huruf pula kami merupakan antara yang paling tinggi di Malaysia walau pun telah berusaha tetapi sikap kerajaan seolah-olah dilakukan dengan tidak bersunguh-sungguh untuk membantu rakyat Sabah."

"Sementara dari faktor kesihatan pula,rakyat Sabah menghadapi masaalah kekurangan pekerja mahir di pusat-pusat kesihatan terutamanya bagi menyambut dan menguruskan kelahiran bayi".

Antara faktor utama permasaalahan ini ialah begitu banyaknya pendatang asing yang berada diSabah.Menurut maklumat yang telah dikumpulkan, pada tahun 2005 yang dikeluarkan oleh pusat kajian statistik, 24.8% populasi rakyat adalah terdiri dari pendatang asing.

"Kenapa kerajaan pusat membenarkan ini berlaku,saya sendiri tidak faham, adakah kerajaan pusat masih mahukan Sabah, tidak lama lagi , pendatang akan melebihi kaum pribumi sendiri", demikian tegas Tham lagi".

Sementara itu pendapat dari setiausaha agong UPKO dan bekas MP Wilfred Madius Tangau menyalahkan kerajaan persekutuan kerana kurang memberikan keutamaan dalam pembanggunan di Sabah.



"Contohnya di daerahnya di Tuaran terdapat lebih dari 60 perkampungan tidak mempunyai bekalan elektrik.Saya sendiri telah membawa menteri ke kawasan saya dan akhirnya 20 kawasan telah dimajukan dengan elektrik,namun tidak mencukupi.



Beliau juga menegaskan bahawa masih terdapat sepanjang 5000 km jalanraya yang tidak berturap yang seharusnya di tingkatkan lagi dan perbelanjaan nya adalah sekitar 2 billion ringgit sebagaimana yang telah dilaksana kerajaan dengan pembinaan lebuhraya dari Putrajaya ke Kuala Lumpur.



" Apakah kepentingan pembinaan lebuhraya dari Putrajaya ke Kuala Lumpur berbanding dengan keperluan penduduk kami di Sabah", tegasnya lagi.



"Dari segi ekonomi pula misalnya, menurut kajian pendapatan perkapita penduduk Sabah ialah sebanyak RM4,868 atau separuh dari jumlah perkapita pendapatan penduduk Malaysia keseluruhannya sebanyak RM 9,746."



"Tambahan pula masyarakat yang terlalu bergantung kepada hasil komoditi dan pertanian dan pertumbuhan industri yang perlahan ini sudah tentulah memberikan kesan harga yang tinggi bagi barang industri berbanding dengan harga barang-barang pertanian di Semenanjung."



Malahan harga senaskah akhbar cukup tinggi bagi kami.



"Adalah tidak adil bagi kami ...saya telah memberitahu kepada EPU mengenai menyalurkan gas dari Sabah ke Sarawak dengan tujuan untuk diproses di Sarawak, walau apa alasan sekali pun", demikian tegasnya lagi."



Saya berharap keadaan ini akan berubah.Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri yang mempunyai hasil minyak dan gas yang cukup tinggi, namun kerajaan persekutuan mengambilnya dan tidak memberi sedikit pun kepada kami,.



Diakhirnya Tham dan Wilfred menegaskan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan perhatian yang serius akan keadaan ini.





PENDAPAT KU LI BERHUBUNG KENYATAAN ANWAR



Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak dakwaan kemungkinan PKR boleh mengalihkan sokongan 30 wakil rakyat Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat."Saya kenal banyak ahli parlimen (BN) yang terpilih baru-baru ini adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sewaktu beliau masih berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan beliau. "Kemungkinan mereka akan berpihak kepada PKR jika kita tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal perasaan mereka," katanya ketika menjawab soalan dalam pertemuan dengan kira-kira 500 ahli Umno di sekitar Subang Jaya di sebuah hotel terkemuka hari ini.



Perasaan pada Umno"Hingga sekarang pun PKR hendak tumbangkan kita. Dia sudah dedahkan cita-citanya itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar. "Dia sudah kata dia ada cukup bilangan kerusi parlimen untuk tubuhkan kerajaan, kalau tidak pada 31 Ogos, mungkin pada 16 September," tambah Tengku Razaleigh."Ini bukan cakap main-main. Perasaan orang Sabah terhadap Umno tidak seperti kita di sini. Kita di sini dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana Umno. "Segala yang kita sentuh ada kaitan dengan perjuangan Umno. (Tetapi) perasaan orang Sabah tidak seperti perasaan orang Umno di sini, tidak tebal," tegasnya.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau bimbang dengan sikap pemimpin Umno yang tidak mengambil serius tentang perkara tersebut.Di samping itu, katanya, isu-isu yang membabitkan Sabah seperti mana yang dibangkitkan oleh pemimpin Umno di negeri tersebut masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Saturday, April 26, 2008

ANWAR TIDAK MELAWAK,TETAPI BELIAU SERIUS.


KUALA LUMPUR-27APRIL Azmin Ali menegaskan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri dalam jakamasa 3 tahun lagi adalah satu kenyataan yang mempunyai fakta dan asas yang kukuh.Beliau yang memainkan peranan penting dalam melakukan rundingan juga berkata bahawa kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai mandat yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.
"kami hanya memerlukan 30 sahaja lagi kerusi dan kami telah mendapatkannya, namun kami tidak mahu tergesa-gesa untuk membentuk kerajaan dan biar ianya menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar mantap dan juga sebuah kerajaan yang kukuh", demikian tegas YB Azmin lagi.


Kenyataan itu juga tidak boleh dinafikan begitu sahaja kerana Anwar sehingga kini telah beberapa kali muncul di Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan cawangan baru di kawasan-kawasan yang dahulunya tidak mempunyai sokongan pun.Terakhir kemunculan Anwar beberapa hari lepas di Sabah.


Malahan kenyataan wakil -wakil Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang menyatakan kekecewaan mereka berhubung lantikan menteri-menteri kabinet baru-baru ini tanpa memperdulikan dan memberikan kelebihan kepada ahli parlimen dari di negeri tersebut.


" kami tidak mahu semua ahli parlimen yang dilantik hanya berdasarkan kepada semangat menjadikan wakil sebagai topeng sepertimana dalam Barian Nasional dulu, tetapi dipihak kami, ialah dengan menawarkan kelebihan kepada semua ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk memikirkan secara keseluruhan dan membantu rakyat negeri tersebut. Perbincangan diperingkat pusat ini adalah untuk membuktikan keiklasan kami untuk membantu rakyat Sarawak dan Sabah", demikian tegas Azmin lagi.


Malahan keluhan beberapa ahli parlimen dan tawaran anwar untuk 20% hasil minyak negeri untuk rakyat Sabah dan Sarawak menarik perhatian ahli parlimen kedua-dua negeri tersebut bagi membantu kemajuan negeri mereka.


Najib baru-baru ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang diperkatakan Anwar tidak Boleh dipandang ringan dan diambil mudah.

PERMOHONAN MAAF HISHAMUDDIN SUDAH TERLEWAT,RAKYAT TELAH TOLAK


ELOK LAH SIMPAN KERIS.SETELAH TEWAS.INILAH PENGAJARAN KEANGKUHAN KEPADA RAKYAT,JUGA TIDAK MEMBELA KAUM GURU DAN MELETAKKAN GURU DITEMPAT YANG SEWAJARNYA.
Kuala Lumpur-26April, setelah tewas barulah Hishamuddin Hussein mahu memohon maaf kepada rakyat terutamanya kaum Cina dan kaum India kononnya beliau tersilap membuat percaturan dan mengganggap bahawa keris adalah lambang kaum Melayu.
Kepada kaum Melayu pula Hishamuddin menyatakan bahawa beliau tidak dapat mempertahankan keris sebagai penyatuan kaum Melayu dan sebagai lambang kekuatan Melayu.
Sebenarnya dua pernyataan diatas memang dapat dipertikaikan setelah kekalahan UMNO kali ke 2 .Kali pertamanya ialah pada pilihanraya tahun 1999 dan kali ini lebih teruk lagi. UMNO dikatakan hampir menunggu masa untuk kembali pulih .
Permohonan maaf Hishamuddin adalah terlalu lewat untuk dibuat analisa. Sejak dahulu kaum Cina tidak gemar dengan menghunus keris apabila UMNO tidak berpuas hati dengan kaum tersebut dan setiap kali juga keris itu dihunus.
Kepada kaum Melayu, keris adalah lambang kekuatan zaman dahulu kala.Jika sikap Melayu diambil kira,bukan diketika perhipunan agung UMNO sahaja parti tersebut memakai baju Melayu dan diketika menjelang hariraya, lambang Melayu adalah kekuatan raja-raja Melayu Melayu yang telah di robek UMNO dan kedaulatan bahasa juga dinodai UMNO. Inilah yang menyebabkan kaum Melayu tidak menyenangi UMNO.
Kes mempermainkan raja-raja Melayu berlaku di awal tahun 1990an, apabila Mahathir dengan bantuan akhbar-akhbar Melayu mempersendakan dan membogelkan Raja-raja Melayu sehingga mengaibkan golongan tersebut dan menyebabkan rakyat memandang rendah kepada golongan istana. Kini dengan kuasa yang ada pada Mahathir juga, beliau telah membuang kedaulatan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di sekolah-sekolah Melayu.Bagi kaum Melayu lambang keris tersebut tidak ada gunanya jika hanya sekadar menjunjung keris tetapi mengabaikan kaum Melayu. Ini lah mesej jelas yang harus disedari Hishamuddin ejak awal lagi jika hendak memohon kemaafan dan bukannya menyatakan bahawa beliau tidak dapat mempertahankan semangat keris.Semoga keinsafan ini menjadi pengajaran yang berguna.

Thursday, April 24, 2008

KERAJAAN MONGOLIA UGUT PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK,46 NGO'S AMBIL PERHATIAN SERIUS

Therefore, the Mongolian public and Mongolian human rights organizations are waiting to attentively watch the Malaysian court proceedings. We respect the people and the Government of Malaysia. We do not doubt that the just public of Malaysia and Malaysian human rights activists shall support our just demand. We hope and believe that the Malaysian Government shall duly acknowledge and support our legitimate struggle and demand, which are based on the principle stated in the United Nations Covenant on Civil and Political Rights that Every human being has the inherent right to life. No one shall be arbitrarily deprived of his life. We believe Truth and Justice shall prevail!


By: Organizations and individuals in the Coalition of Human Rights, Women’s Rights and Children’s Rights NGOs and Citizens in Mongolia.

.40
1. Mongolian Women’s NGOs National Network2. Mongolian Volunteer Organizations network3. �����- network4. National Center Against Violence5. Citizens Alliance Center6. Sustainbale Development and Gender center7. Pure Intention Women’s NGO8. Gal Golomt Movement9. Youth development Foundation10. Image association11. Women writers Tsagtsai association12. Rural Women’s Development Foundation13. Iveel association14. Center Human Right Development15. Creative women’s association16. Ulaanbaatar city’s Women’s consul17. Princess center18. Women and social progress association19. Mongolian Democratic Socialist Association20. Mongolian Nature and Women’s association21. Protecting citizens from Drug and Alcohol association22. Urban ger districts development foundation23. Woman caption foundation24. Mongolian businesswomen’s association25. Mongolian women’s lawyers association26. Liberal Women’s Intellectual Foundation27. Democratic women’s association28. High educated women’s association29. Ladies XXI century30. Child and women’s development center31. Motherland, family and women’s association32. Women’s justice association33. Green Gold34. Disability citizens right center35. Mongolian Scout NGO36. Gender equal right center37. Mongolian women scout association38. Equal way center39. Youth mind Foundation40. Mongolian child development and protection association41. Preventing and protecting child from violence42. Mongolian professional social worker’s association43. Child welfare and service Gerelt center44. Development Nisora foundation45. One world- adolescent center46. Mongolian Youth Development Foundation

KEPADA WAKIL PARLIMEN PAKATAN RAKYAT,PASTIKAN ANDA KEMUKAKAN PERSOALAN MENGENAI KES PEMBUNUHAN ALTANTUNYA








Razak Baginda diperkatakan sebagai "kambing hitam", di atas kematian Altantunya.Kes perbicaraan yang semakin tidak mendapat perhatian rakyat, malah pembunuh yang sentiasa ditudung muka juga menjadi tanda tanya.



KUALA LUMPUR 25 APRIL-Kes pembunuhan Altantunya kini heboh kembali setelah kerajaan dengan drama bersirinya setelah drama bersiri Anwar ibrahim, kini dikejutkan kembali dengan dakwaan Shaaribu yang datang ke Kuala Lumpur menghantar sendiri surat dari Perdana Menteri Mongolia yang mendakwa bahawa perbicaraan yang dijalankan kurang menyentuh isu kemanusiaan dan menyalahkan kematian model itu sebagai pelacur.Malah Kerajaan Mongolia juga mendakwa bahawa perbicaraan itu tidak adil.

Shaaribu yang datang sendiri ke Kuala Lumpur mendakwa bahawa kerajaan Monggolia akan memutuskan hubungan diplomatik kerana mendakwa perbicaraan tidak adil dan juga Kerajaan Pak Lah tidak memberi respon kepada surat-surat yang dihantar sebanyak 2 kali.

Tindakan sombong kerajaan Malaysia ini telah menarik perhatian Ketua Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen dan dijangkakan akan meletus dalam sidang parlimen yang akan datang.kita mengharapkan saksi-saksi baru yang lebih releven.

Maklumat lanjut boleh dibaca di alamat berikut












ABOVE: Did the force "burnt the trees around the area right up to the tree tops"??? BELOW: Crime scene, Was there enough C4 "to bring down a four storey building.?". Why NO Crater can be seen? NB : All photos are added in this report for "clarity". Be your own judge! ‘Believe it or not; when salt, spices & fire are added in - it gets extra HOT






The force of the explosion burnt the trees around the area right up to the tree tops. Where and how did they get the C4 explosives? Who has the authority to issue C4 explosives in such large quantities? She was first shot to terminate her life. It was obvious that she was then blown up to erase any traces of her body. Obviously just burying her was not enough to hide what they wanted to hide. Hence there is much speculation that, just like in the case of Mustakizah, Altantuya is believed to have been pregnant when she died.

ADAKAH ANWAR BUAT GEMPAR


UMNO/BN TOLONG JANGAN CEPAT PANIK....RELEX...DAH 50 TAHUN DAH RAKYAT UNDI..TAPI DEME SEMUA TAK MAHU MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT..JADI BAGI LE KOME BUAT PULAK..BAGI KOME PERINTAH PULAK.DEME TENGOK MACAM MANE KOME PERINTAH...APE PEPAYAH BEBENORNYE....DEME RELEX DULU..MAI BAGI KOME PERINTAH...TAK GITU....



Bagi memperkuatkan perang saraf beliau, Anwar berkata, perkara tersebut hanya menunggu masa untuk berlaku. "Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu. Sebelum ini Anwar telah pun membuat beberapa kenyataan mengenai perkara yang sama malah minggu lalu beliau berjanji akan membuat pengumuman penting minggu ini berhubung dengan isu penyertaan Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa, BN akan 'tumbang' tidak lama lagi kerana Ahli-Ahli Parlimen jelasnya, jika tidak menyertai pakatan pembangkang bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos) atau pada 16 September iaitu pada hari penubuhan Malaysia. "Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya. Malah bagi menguatkan hujahnya itu, Anwar berkata beliau ada cara untuk berunding dengan Ahli Parlimen BN yang sedia untuk menyertai pakatan pembangkang. "Perbincangan saya boleh diadakan di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong, walaupun bunyinya agak jenaka," dakwanya lagi sambil emngucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang sedia menyertai pakatannya.


Namun menurut beberapa pemerhati politik yang dihubungi, ungkapannya Anwar itu sama seperti ungkapan popular beliau semasa baru dipecat dariapda jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila melaungkan reformasi. "Jika tidak bulan ini, bulan depan, jika tidak tahun ini tahun depan," itulah ungkapan popular yang sering dilaungkannya menurut pemerhati tersebut. Malah mereka juga mengandaikan, dalam perang saraf unsur-unsur 'gempar' ini perlu apabila seseorang itu masih belum mendapat apa yang dihajati atau tidak mempunyai sesuatu seperti yang dihebahkan. Kata mereka, ia hanya bertujuan untuk memberikan gambaran betapa hebat gerakannya agar musuh sentiasa berada dalam kucar kacir sehingga hilang tumpuan kepada gerak kerja yang sepatutnya dilakukan.


Sementara itu dalam laporan sebuah agensi berita asing, Anwar turut mendakwa beliau akan menjadi Perdana Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ini adalah kenyataan pertama beliau mengenai tempoh masa yang dijangka untuk beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri. ”Saya tidak jangka kita dapat menentukan tempoh yang tepat bila saya akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi yang pasti ia tidak akan melebihi tempoh tiga tahun…atau lebih awal daripada itu,” katanya. – 23/4/2008

Wednesday, April 23, 2008

BPR BEBAS .OHHH JADINYA BOLEHLAH DISIASAT 18 KES BERPROFIL TINGGI SEBAGAIMANA DI DAKWA RAIS YATIM????



Notice that what will be independent is the Advisory Board to the ACA. So the board can only advise the ACA, but presumably the ACA is free to reject the “advice”. It would only be in terms of recruitment etc.
But who is ultimately responsible for the ACA then? The Parliamentary Committee? No way, Jose!
“There’s always a minister, anywhere in the world, responsible for any institution set up. And I will be responsible for the institution,” said the PM.
So how is that different from before, when the ACA was answerable to the PM? Is he just playing with words again - similar to his apology to the 1988 judicial crisis judges that wasn’t an apology but just an ex gratia payment in recognition of what they had to endure?
Why can’t he just say the ACA will be fully independent, answerable and responsible to Parliament and no one else - full-stop? What’s so difficult about that? Why does the PM need to be “responsible” for the ACA, like some kind of chaperone?
Will we see some ACA action in the 18 high-profile corruption cases? (As they say, the proof of the durian cake is in the eating…) Don’t count on it.








PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 3 TAHUN DULU,TAPI MASIH DIBAWAH KERAJAAN ABDULLAH.RAIS YATIM PUN MASIH ADA LAGI DALM KABINET.ELOK LAH TUUUUU.JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA,NANTI LAMA-LAMA SUDAH NAIK BASIIIII



KERJA BERSAMA-SAMA SAYA.ITU KATA PAK LAH

18 lagi kes besar -- Menteri antara individu berprofil tinggi dalam siasatan BPR
JELEBU 13 Feb. - Sebanyak 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, kini memasuki peringkat akhir siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.



Menurutnya, apabila prosedur akhir pengumpulan bukti oleh Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah selesai sepenuhnya, mereka ini akan dihadapkan ke mahkamah.
Bagaimanapun Rais enggan mendedahkan mereka yang dikatakan sedang disiasat itu.
```Saya cuma boleh katakan bahawa mereka ini mempunyai reputasi kepentingan awam yang tinggi, profil yang tinggi dan mempunyai nilai tanggungjawab yang berada pada strata teratas.
``Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada 18 kes itu mempunyai beberapa masalah dari segi pengumpulan bukti-bukti kukuh bagi menyokong siasatan dan dakwaan,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Ulu Lakai, di sini hari ini.



Antara kes panas yang menjadi perhatian umum sebelum ini ialah skandal Perwaja Steel, penyelewengan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan skandal kewangan Penerbangan Malaysia (MAS).



Semalam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan melakukan rasuah dan penipuan berhubung keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).



Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Selasa lalu, bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Will and Development Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM76.4 juta pada tahun 1994.



Penahanan tokoh berprofil tinggi dan beberapa siri tangkapan serta pendakwaan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa akhir-akhir ini dilihat sebagai kesungguhan kerajaan untuk memerangi habis-habisan gejala rasuah di negara ini.



Dalam perkembangan lain, Rais memberitahu kerajaan mengambil berat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bulan lalu berhubung Peluang Mendapatkan Keperluan Asas bagi meningkatkan taraf hidup beberapa golongan yang terpinggir di negara ini.
Antara lain laporan berkenaan menyentuh mengenai tiga perkara iaitu hak perubatan, pendidikan dan tempat tinggal selesa yang membabitkan Orang Asli.
Kata beliau kerajaan tidak pernah meminggirkan hak Orang Asli di negara ini dan laporan oleh Suhakam itu akan diteliti dan dikaji dengan mendalam sebelum langkah wajar diambil demi kepentingan golongan itu.

ANWAR KATA BELIAU AKAN MENJADI PERDANA MENTERI DALAM JANGKA MASA 3 TAHUN LAGI




KUALA LUMPUR-23 APRIL -Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa beliau akan menduduki takhta Perdana Menteri dalam jangka masa 3 tahun dari sekarang."Mungkin dalam jangkamasa 3 tahun dan awal lagi, tetapi saya tidak terlalu ingin ianya begitu cepat".Beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar AFP.




Anwar yang sering diejek dan dicemuh dengan berbagai tuduhan dan gambar-gambar beliau yang sedang menari diputarbelitkan oleh siaran TV dengan gaya yang begitu jelek kini mendakwa bahawa ramai malah lebih dari cukup untuk Pakatan Rakyat yang di pimpin beliau sebagai penasihat akan mengambil alih negara ini, dan belaiu akan menjadi Perdana Menteri.




Malah, dalam ucapan terbaru beliau sempena Black 14yang diadakan di Kampung Baru , baru-baru ini mendakwa sekali lagi bahwa beliau mendapat undi yang cukup untuk mengambil alih negara ini.Kenyataan beliau seringkali dipandang enteng oleh pemerintah Barisan Nasional, malah seringkali pula diejek dan diputarbelitkan oleh media arus perdana, namun dari pihak rakyat pula kenyataan beliau dianggap serius kerana apa yang dikatakan beliau selalunya akan mencapai dan menjadi kenyataan.




Adakah kali ini pemerintah Malaysia akan menafikan jika didapati bahawa beliau begitu yakin untuk menjadi Perdana Menteri dalam jangkamasa yang dinyatakan beliau??? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sunday, April 20, 2008

PENANG GROUPS UNHAPPY WITH NEW PAKATAN COUNCILLORS

BUAT BETUL-BETUL JANGAN SAMPAI KENA KUTUK- WAL HASIL BALIK ASAL.PI MAI PIMAI TANG TU.....DAH MENANG..INGAT SEMUA BUAT BETUL KE???????SILA BERI ALASAN YANG SEWAJARNYA UNTUK RAKYAT TERIMA



Penang groups unhappy with new Pakatan councillors
Athi Veeranggan Apr 19, 08 2:10pm

The Penang Pakatan Rakyat government's populist agenda to appoint representatives from non-governmental organisation as councillors in local authorities seems to have backfired.The DAP-led government came under fire from a group of NGOs for not fulfilling its promise to appoint at least 10 municipal councillors from the civil society.By appointing only seven councillors from the NGOs, the group spokesperson BK Ong said the DAP-led government had squandered the public trust by making a blatant mistake."The state government promised 10 but only appointed seven and that too, not on merit."The NGO appointments were dominated by business groups which had caused imbalanced appointment," said Ong.He criticised the Pakatan Rakyat government of continuing the previous Barisan Nasional administration by giving councillor jobs to "boys" rather than giving the posts on merit.Ong blasted the state government for emulating a failed BN method which he claimed would subsequently produce weak councillors and give rise to longkang (drainage) assemblypersons and members of Parliament.
Too many business people
On Wednesday, the Penang government appointed four councillors from the civil society groups in the Penang Island Municipal Council (MPPP) and three in the Seberang Perai Municipal Council (MPSP).The MPPP four are Women's Centre for Change (WCC) lawyer Lim Kah Cheng, Universiti Sains Malaysia professor Dr Francis Loh Kok Wah, Penang Malay Chamber of Commerce president Rizal Faris Mohideen Abdul Kader and Penang Chinese Chamber of Commerce representative Choong Khuat Seng.The three in MPSP are Chinese Chamber's Liu Ting Ling, Indian Chamber of Commerce's R Gunasegaran and Federation of Malaysian Manufacturers' Muhammad Ismail.MPPP has 22 appointed councillors while MPSP has 21.Of the 43 appointed councillors, DAP has 19, PKR 15 and PAS two.Ong lamented over the "over-representation" of businessmen could cause an unbalanced council and conflict of interests since members of chambers were often involved in applying for business operational licences and building permits."This could cause injustice to the laymen," said Ong, speaking on the behalf of the NGOs, including Save Ourselves, Bus Users Group, Malaysian Voters Union, Penang Watch, Mafrel, Suaram, Jim, United Hindu Religious Council, Tanjung Bungah Residential Association and Tanjung Workers Service Centre.In contrast, he said there was lack of representation, or none, from house buyers, residents associations, consumer groups, workers' union and petty traders."Even women were under-represented in appointments," said Ong, suggesting that the representation should have been as high as one per three ratio.
Ong also blasted the state government's lack of transparency in the selection process, saying that it mirrored the previous BN government.
DAP members left out
He said the state government should have adopted an open selection system such as open invitation, open criteria, open process and open list of candidates even when local government elections could not been held straight away.Ong's open criticism is the last that State Executive Councillor and Penang DAP chairperson Chow Kon Yeow, who is in charge of Local Government portfolio, would want as the state government was already under fire from DAP members on the appointment of councillors from NGOs and "strangers" under the party quota.Disgruntled DAP members have informed Malaysiakini that they had been against the appointment of NGO councillors from the beginning as many of them would not work in the interests of the Pakatan Rakyat state government.Several short messages service (SMS) were already sent out since Wednesday night criticising the state government leaders for overlooking loyal party workers for council appointments.Several assemblypersons have also been singled out by the powerful Makkal Sakti lobbyists in Penang for appointing their "cronies" as councillors at the expense of loyal party members, who had worked hard to secure the party's victory in the recent general election."Several of the appointed councillors from NGO were known BN supporters."Even the Indian councillors appointed under the DAP quota were strangers to DAP," said Makkal Sakti group spokesperson MN Anbalagan.Another Makkal Sakti supporter, R Kumaran, said he learnt that the decision to appoint NGO councillors was made without consulting the party state committee and general members."There is a saying that `loyalty pays.'"But it seems staunch Indian DAP grassroots leaders and members are irrelevant today," he said.

BUKAN UNTUK EKSPOT,TAPI UNTUK MENGELAK IANYA BERSEPAH MERATA-RATA



Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi, kata Khalid Ibrahim
Roy Rasul Sat Apr 19, 08 5:18:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengeksport babi ke luar negara termasuk China kata, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. -->-->
Katanya, ini kerana tujuan kerajaan mewujudkan pusat babi yang besar di Selangor adalah untuk memberi fokus kepada penternak di seluruh Selangor menjalankan kegiatan mereka hanya di satu tempat.
"Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.
Beliau yang bercakap kepada media dalam Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan raya Penunggang Motosikal dan Pemilikian Lesen memandu B2 (Motosikal) di Dataran Shah Alam, Selangor hari ini berkata, pembinaan pusat babi yang terletak di Sepang itu adalah salah satu tanggung jawab sosial kerajaan negeri.
Ini katanya, semua kaum berhak untuk menjalankan operasi budaya dan sosial mereka.
"Tugas kami adalah memberikan peruntukkan tetapi ia terhad kepada kaum yang memerlukan saja," katanya.
Katanya, sekalipun ada permintaan yang tinggi terhadap babi mereka boleh membeli di banyak lagi negara lain yang menternak binatang tersebut.
Sementara itu, sebuah akhbar tempatan hari ini dipetik, sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport babi ke negaranya.
Tan Sri Khalid berkata, Selangor berminat mengusahakan benda lain dengan mengikut 'economy of skill'.
"Jika kita hendak mengembangkan sektor penternakan babi ia memerlukan tanah yang luas.
"Tetapi kerajaan Selangor tidak akan memberi tanah lebih daripada apa yang kita rancangkan," katanya sambil berkata keluasan tanah tersebut adalah 400 ekar.
Katanya, penternakan babi secara komersial juga bukan bererti untuk pengeskportan sebaliknya untuk membantu aktiviti penternakan secara moden dan komersial.
Cara tersebut katanya, boleh mengurangkan risiko kepada negeri Selangor sendiri.
Tambahan pula katanya, penyatuan lokasi penternakan dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis (JE).
"Maknanya ia boleh memberikan kesan yang tinggi dan sebab itu kami memfokus kepada satu tempat.
"Kesan penternakan babi juga akan menyebabkan pencemaran kepada sungai-sungai dan akhirnya memberi kesan yang tidak baik kepada rakyat Selangor," katanya.
Katanya, jika tidak teratur, projek tersebut boleh menimbulkan kesan yang tidak menyenangkan kepada penduduk setempat.
Sehubungan itu katanya, berdasarkan kepada perkembangan tersebut kerajaan negeri mengambil keputusan menyatukan pusat penternakan babi di Selangor.
Sementara itu menyentuh mengenai kempen keselamatan jalan raya penunggang motosikal yang dirasmikan beliau, Khalid berkata, pada tahun 2007 Selangor mencatatkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinngi di Malaysia iaitu sebanyak 1,027 kematian.
Daripada jumlah tersebut katanya, 616 atau 60 peratus terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal.
Manakala pada Januari hingga March 2008 sebanyak 286 kematian dicatatkan dalam kemalangan jalan raya di negeri tersebut.
Katanya, sebanyak 186 kematian atau 65 peratus melibatkan motosikal.
"Program seumpama ini amat diperlukan kerana penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan yang berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan maut bukan hanya di Selangor bahkan di seluruh Malaysia," katanya.
Program tersebut dianjurkan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Selangor.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah exco kerajaan iaitu, iaitu Ronie Liu, Dr Halimah Ali, Roziah Ismail dan Yaakob Safari serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ramli Mahmud.
Beberapa jabatan kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pusat Zakat Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) dan TM Net turut mengambil bahagian dalam program tersebut yang diadakan hari ini dan esok.
Satu demontrasi mengenai cara menunggang mosikal yang betul juga dipersembahkan kepada hadirin. - mns

RAJA-RAJA MELAYU DAN PAK LAH PATUT DAKWA MAHATHIR.


Bunyi nama kumpulan mereka seperti penyamun dan penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti itu haram 20 tahun yang lampau. Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987 yang menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi. Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah . Selepas ia tidak dilaya baru mereka membawanya ke mahkamah. Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah. Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram. Pagi Sabtu salah seorang anggota Kumpulan 11 itu,Rahim Abdul Rahman ( baju merah) mengadakan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menuntut agar diperbetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO itu. Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.
Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.
Khamis malam Perdana Menteri menghadiri jamuan makan malam Majlis Peguam yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Hakm Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.
Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.
Rahim yang kata beliau mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu. Katanya tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram. Dakwa Rahim semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik tidak melayan dan menjawabnya dengan betul. “Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka,”katanya. Beliau mendakwa Dr Mahathir tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula. Dakwannya sebab itu bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram. “Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir ,”dakwa Rahim yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu. Katanya beliau sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini. Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya. “Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ?Soalnya apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus? “Pada hemat saya beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu,” dakwa Rahim.- 19/4/2008

Saturday, April 19, 2008

SEPETANG TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG BERSAMA PENDUDUK BANDAR PERDA



BANDAR PERDA-19hb April Penduduk kawasan perumahan ini telah mengadakan jamuan petang dengan menjemput Timbalan Ketua Menteri untuk hadir sebagai meraikan kemenangan yang dicapai baru-baru ini. YB Fairoz yang terlewat tiba kerana menghadiri mesyuarat dan kesesakan jalanraya, tetap hadir untuk bersama-sama dengan penduduk kawasan itu.
Beliau yang sempat berucap selama hampir 30 minit juga menjelaskan bahawa Kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan membuat sesuatu yang terbaik dan terdaya bagi menyatupadukan masyarakat Pulau Pinang yang berbilang bangsa disamping menjaga keharmonian kaum tetapi menjaga kepentingan kaum Melayu. Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri kini sedang menyiapkan siasatan melalui juru audit dan juga para peguam bagi menyiasat kes-kes tanah wakaf dan juga pengambilan tanah-tanah yang tidak sepatutnya dijual dan juga wang yang dibelanjakan yang melibatkan wang MPSP.
Jamuan yang bermula jam 6 petang itu juga turut dihadiri oleh Pengarah pilihanraya negeri Pak Mus timbalannya Pak Pin dan penyokong serta rakyat di taman perumahan tersebut.Majlis berakhir jam 8.00 malam kerana beliau akan ceramah di Kulim pada jam 10 malam yang sama.Jadual ketat beliau tidak menghalang beliau mendekati rakyat marhaen.Syabas YB.

NAJIB PEMBAWA ZAMAN GELAP UNTUK UMNO



Najib pembawa zaman gelap


Hishamuddin Rais Apr 16, 08 2:44pm


Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman – politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah.
Bahayanya, Dr Mahathir inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi. Justeru, Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.Sayugia, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib? Malah minggu lalu media arus perdana juga 'terjerat' dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan.
Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan menaikkan syahwat Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri. Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul. (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman masa hadapan)Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar.
Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur - menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir. Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video - menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir. Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import), manakala tukang lipat spesies jantannya pula Nazri Aziz yang tersangkut dengan 600 permit teksi. Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.
Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.Apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan - di mahkamah, seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.Najib lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim. Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri.
Manusia seperti Najib ini adalah "model" (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.Dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya - sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.Jadi siapa sebenarnya Najib?
Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup.
Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek, Najib demi membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang 'dianggapnya' Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena "jantan di barisan lain dan betina di barisan lain" - ia akan terjadi lebih daripada itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.Buktinya: Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai 'ilmuwan Islam' telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah disambut dan disokong oleh Najib.
Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam.Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib.
Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen. Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?
Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung bawah Dr Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.
Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan. Menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy. Salah bacaan politik jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation. Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain.
Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri: Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

UMNO MASIH MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

Kekalahan UMNO bukan berpunca dari segala macam blog dan website yang ada di alam cyber.Sesungguhnya ia adalah disebabkan rakyat yang bangkit kerana marah dan menjerit "Sudah dan cukup kami di tipu" . Inilah yang telah menyebabkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.

Sementara wakil Veteran UMNO dan bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional adalah mereka yang sudah tidak bergigi, baik secara lahiriah mahupun secara kiasannya. Mereka gagal menyelami perasaan pengundi muda dan suka juga menipu.Orang muda sebenarnya tidak suka mereka ditipu dan juga di perbodohkan. Begitu juga kaum Cina dan kaum India. Taktik Kerajaan BN memainkan isu dengan menipu rakyat dianggap sebagai salah satu langkah terkebelakang.

Semua tunggul buruk UMNO dan Barisan Nasional ini mengeluh tentang kehilangan kuasa politik Melayu. Mereka telah mengulang secara berulang kali, tentang kejadian pada Mei 1969 dahulu yang menyebabkan pertumpahan darah pada 13 Mei. Kejadian 13 Mei adalah angkara Mahathir Mohammad dan juga kuncu-kuncu UMNO.

Pencapaian paling gemilang Barisan Nasional ialah pada 2004 ketika mereka menang 91-92% kerusi Parlimen. Berapakah kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu di Dewan Parlimen? UMNO dapat 110, PAS 9 dan PKR 1. Semuanya menjadi 120 kerusi. Pada kali ini UMNO menang hanya 78, PAS 23 dan PKR 20 daripada 31 semuanya). Ini menjadikan jumlah anggota Melayu di dewan Parlimen menjadi 121. Ini adalah lebih hebat berbanding 2004 dahulu di mana cuma ada 120 orang. Pada 8 Mac 2008 jumlahnya sudah bertambah.

Dengan demikian berapa lama lagi UMNO akan melalak bahawa kuasa Melayu sudah terhakis pada 8 Mac 2008? Sedangkan ia sudah meningkat? Jangan kiralah kalau peningkatannya adalah dengan satu kerusi sahaja. Yang pentingnya orang Melayu tidak kehilangan kuasa politiknya. Malahan bertambah sebaliknya. Namun, inilah isu yang dimainkan oleh UMNO sedangkan hujah itu adalah hujah haprak semata-mata. Sepatutnya orang Cina yang melalak kerana melihatkan kuasa politik mereka terhakis memberi laluan kepada orang Melayu dan juga India.

Seperti yang ditulis oleh New Straits Times dalam lidah pengarangnya semalam, UMNO harus hentikan merengek. Harus hentikan perangai melalak betapa kuasa politik Melayu sudah mengecut seperti apa yang terjadi pada Mei 1969 hingga mencetuskan episod 13 Mei. Cakap kelentong semacam inilah yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan lima negeri, 10 daripada 11 kerusi Parlimen WP Kuala Lumpur – yang sudah pastinya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional akan dilenyapkan untuk selama-lamanya, seandainya ia tidak berhenti merengek dan mainkan lakonan tuduh-menuduh.

Yang penting sekali kenapakah Pengarah Pilihan Raya tidak dikenakan kritikan pedas kerana kegagalan ini? Malahan, UMNO mahu memberikan habuan kepada Pengarah Pilihan Raya dengan menjadikannya Perdana Menteri yang baru. Beliau telah gagal, segagal-gagalnya, tetapi mereka masih mahu melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah begini caranya UMNO menyelesaikan masaalah.Kita percaya jika Najib di pilih sebagai PM, sudah pastinya UMNO akan mengundang bahaya yang paling besar. Kes yang disebut-sebut Anwar sebagai skandal terbesar pembelian senjata sudah lama menghenyak Najib.Hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja yang ada kepada beliau.

Semalam dengan kesungguhan Pak Lah untuk mengembalikan sistem kehakiman dan pembentukan suruhanjaya perlantikan hakim-hakim dijangkakan kes Najib adalah lebih hebat dan akan ditelanjangkan. Adakah ini yang dipanggil sebagai badai yang menghenyak UMNO.Najib mungkin dilihat UMNO hebat, namun para pengundi tidak memikirkan begitu.Para pengundi Malaysia melihat UMNO dan pemimpinnya sebagai pemimpin korup dan Najib juga tidak terlepas dari skandal ini.

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut. "Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

Namun Khairy juga dilihat sebagai punca kepada ketidak puasan hati pemimpin lama UMNO.Khairy tidak mendapat sokongan para balaci-balaci pemuda UMNO kerana sikap beruk beliau yang memberukkan para blogger dan webmaster.Sikap para pemimpin UMNO tidak berjaya menarik minat para pengundi untuk mendekati mereka.Inilah punca utama kerana semakin ramai cerdik pandai tidak mahu mendekati UMNO.UMNO akan menjadi parti sejarah jika meneruskan sikap dan mengekalkan pimpinan yang ada. Apakah seseorang yang berkarektor seperti Anwar akan muncul dalam UMNO????Hanya masa akan menentukannnya kerana hanya seorang Anwar Ibrahim dianugerahkan untuk Malaysia masa kini.

Friday, April 18, 2008

SDR GUAN ENG,DEDAHKAN SEGALANYA.MEMANG INI KERJA UMNO DI PULAU PINANG.TIPU..TIPU...TIPU DAN TIPU LAGI



Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminta bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah memberikan penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini, sebelum akhir bulan ini.


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri ingin memberikan peluang kepada Abdul Rashid untuk berbuat demikian sebelum bertindak mendedahkan mengenai penyelewengan yang didakwa itu. "Exco telah meluluskan keputusan bahawa kes-kes ini boleh didedahkan sekiranya ia tidak melibatkan proses perundangan yang berjalan di mahkamah. "


Tetapi sebelum itu saya ingin beri peluang kepada Abdul Rashid untuk berjumpa dengan saya supaya beliau boleh beri penjelasan mengenai keputusan yang telah dibuat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pulau Pinang Rabu. Bernama melaporkan baru-baru ini, Abdul Rashid mencabar Lim supaya membuktikan dakwaan yang dibuat kerajaan baru Pulau Pinang berhubung isu penyelewengan tanah di negeri ini. Abdul Rashid merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 8 Mac lepas.



Memang jenih yang tak berapa cerdik,kalau hang pi jumpa Lim Guan Eng,perkara ini boleh dilakukan dengan cara yang terbaik.Tapi oleh sebab hang tak berapa cerdik,jadi kes hang akan dibawa ke Mahkamah.Rashit.....rashid....awat hang betoi bendoi....kena kat hang noooo.hang ambik tanah kami paaaaaaa

Hari tu bukan main lagi hangpa pi dok jaja depan KOMTAR isu DEB,rupanya hangpa tubi tanah Melayu .Pas tu hangpa cakap sombong.Awat la hangpa jadi lagu ni.

PANDANGAN IKHLAS DR MOHD KHIR TOYO.


Dr Khir bimbang kelicikan Anwar
PEMBETULAN , BUKAN KELICIKAN TAPI CERDIK


Apr 18, 08 3:11pm


Jika tiada perubahan segera kepemimpinan Umno dan negara, peluang BN dipulihkan semakin sukar, apatah lagi dengan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jawatan utama itu, kata seorang ahli Majlis Tertinggi Umno. "Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli Umno dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini, meramalkan satu pilihanraya kecil akan berlaku tahun ini bagi membolehkan Anwar ke parlimen.

Sebenarnya memang mood ahli UMNO bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh Malaysia hingga ke Johor. Saya kerap ke Selangor dan nampaknya memang mood rakyat selangor telah berubah.Jadi tanggapan saudara memang betul.Ramai dah tahu, memang maklumat saudara agak terkebelakang.


"Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR."Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli Umno, kepada Pak Lah tetapi juga kepada Datuk Seri Najib (Razak). Umno hampir pasti hancur jika ini berlaku.


"Menulis di blognya tengah hari ini, bekas menteri besar Selangor itu menambah, "atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan (pelan berundur) yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan."Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk Datuk Seri Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti.

Jika saudara menyatakan bahawa rakyat akan menyebelahi Dato Najib, memang saudara juga sama macam ahli UMNO yang lain. Najib akan terus menghancurkan lagi UMNO. Pertamanya Najib memepunyai penyakit kelebihan darah putih sebagaimana alalhyarham Tun Razak.Keduanya memang Najib punyai rekod yang buruk terutamanya kes Altantunya dan juga skandal jet pejuang dan juga kapal selam.


"Dr Mohamad Khir berkata jika kuasa diserahkan segera kepada timbalan Abdullah, "rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil pasti tergendala" dengan alasan sokongan ahli dan rakyat akan berubah kepada BN sebagai dukungan kepada kepemimpinan Najib.Beliau percaya ahli-ahli parlimen pembangkang tidak akan melancarkan usul undi tidak percaya di sidang Dewan Rakyat hujung bulan ini kerana, bukan sahaja jumlahnya 82 orang itu kecil, tetapi langkah sedemikian tidak menguntungkan Anwar.

Memang usul undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen. Ini adalah matlamat Pakatan Rakyat dengan gandingan lebih dari 30 calon dari BN sendiri.Ini adalah kerana undi tidak percaya ini adalah undi rahsia dan sudah tentu Anwar akan dapatkannnya. Untuk makluman Saudara memang Rakyat terutamanya kaum Melayu masih dibelakang Anwar.UMNO kalah pada 1999.Kajian membuktikan bahawa 60% kaum Melayu meninggalkan UMNO.



"Jika ia (usul tidak percaya) dibuat, pasti jalan Anwar untuk kembali ke puncak akan lebih sukar kerana saya pasti Datuk Seri Najib (selepas menggantikan Abdullah) akan melakukan perubahan yang agresif dalam kerajaan dan parti untuk mengekang Anwar dan sekutunya," kata bekas ketua badan perhubungan Umno Selangor itu, mengulas kesediaan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Umno 16-20 Disember."Pada hemat saya, Anwar lebih senang melihat Pak Lah terus kekal - ini akan mewujudkan kedudukan Umno yang lemah dan sokongan parti komponen juga agak kurang.

Najib juga tidak sehebat mana yang disangkakan. Jika beliau hampir tewas di Pekan kepada Ezam dalam pilihanraya 1999 dengan kelebihan undi pos sebanyak 241, ini tidak pernah terjadi kepada Pak Lah.Malah Pak Lah sendiri tidak mempunyai skandal peribadi sebagaimana Najib.




"Akhirnya BN akan kalah teruk dalam pilihanraya (ke-13) akan datang. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru."Selain senario itu, Dr Mohamad Khir meramalkan satu pilihanraya kecil akan diadakan menjelang sidang kedua Dewan Rakyat - selepas sidang pertama yang bermula 28 April - bagi membuka laluan kepada Anwar ke Parlimen. "(Senario) ini yang amat saya bimbangi dan saya yakin (ia) akan berlaku, lebih-lebih lagi memikirkan kemungkinan pilihanraya kecil ini diadakan hampir dengan persidangan agung Umno (Disember) tahun ini. Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada Umno," katanya.Dengan kemenangan itu, tambahnya, Anwar mendapat sokongan moral di dalam dan luar negara dan seterusnya menyusun langkah membawa usul undi tidak percaya terhadap Abdullah dalam sidang kedua Dewan Rakyat.

Kata-kata Anwar sebelum beliau dipenjarakan telah terbukti banyak berlaku.Adakan ahkbar sendiri, 1 Anwar hilang 1000 Anwar muncul.Rakyat suatu hari nanti akan bangkit dengan penipuan BN. Jadi saudara fikir jika Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berjaya melakukan yang terbaik dan lebih prihatin kepada rakyat saya kira pandangan saudara untuk kembali ke dewan undangan negeri juga terlalu sukar.Apa sahaja yang saudara lakukan semuanya kini akan dibuktikan. Kes babi pun saudara sudah tewas.Apa yang diperlukan UMNO ialah mencari seorang yang seperti Anwar.


"Ketika itu, sama ada beliau telah 'membeli' wakil BN atau tidak bukan lagi persoalan. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah ketika itu amat dahsyat dan boleh dikatakan tiada keyakinan langsung," tulisnya lagi di www.drkhir.blogspot.com."Jadi undi tidak percaya kepada Pak Lah bukan proses membeli undi tetapi kerana krisis keyakinan kepada kedua-dua kepimpinan negara iaitu Pak Lah dan Datuk Seri Najib (dianggap kalah sewaktu mengetuai BN dalam pilihanraya kecil yang disertai Anwar).

Membeli atau tidak tetapi Anwar telah meyakinkan rakyat bahawa beliau akan mendapat lebih dari 30 kerusi untuk memerintah negara ini.Jika Anwar bercakap ianya akan terjadi. Kerana selama ini apa yang belaiu katakan berkaitan dengan politik, semuanya terjadi atau hampir berlaku dan menjadi kenyataan.


"Anggota MT itu menambah, beliau yakin Anwar tidak akan ke Parlimen sebagai ketua pembangkang kerana bekas timbalan perdana menteri itu bimbang "banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau.

Anwar pernah berkata dalam ceramah beliau di Tok Kun pada 19 september 1998 dengan PENGISTIHARAN PERMATANG PAUH.Jika saudara berkemampuan menilai ucapan beliau, hari ini adalah masa yang sesuai untuk saudara kenang kembali dan mengkaji semula kenyataan beliau.bahawasanya "MASA DEPAN BELUM TENTU", merujuk kepada semua wakil-wakil UMNo bahawa belaiu suatu hari nanti akan menjadi Perdana Menteri jika di izin Tuhan.


"Isteri Anwar, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka Nurul Izzah masing-masing menang di kerusi Permatang Pauh dan Lembah Pantai pada pilihanraya umum 8 Mac. "Melihat karektor Anwar sejak dahulu, beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai perdana menteri," kata Dr Mohamad Khir."Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua, yang penting ingin jadi perdana menteri."

Ini sudah pasti akan berlaku dalam sedikit masa lagi.Hanya Tuhan yang akan menentukannnya.InsyaAllah.

WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT .JANGAN JADI MACAM WAKIL UMNO/BN.YANG ORANG-ORANG TENGAH JUGA JANGAN JADI KADUK NAIK JUNJUNG.




Aktivis reformasi cari arah baru
Apr 18, 08 2:19pm
Kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali "aktivis Reformasi" menganjurkan dialog dengan pemimpin mereka yang menang dalam pilihanraya umum 8 Mac untuk mencari hala tuju baru gerakan itu. Pertemuan itu, sebagai mengenang perjuangan selama satu dekad yang digelar 'Himpunan Reformis 1988-2008', akan disertai ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib. Kedua-dua mereka, bersama lapan yang lain, pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan didakwa di mahkamah atas kesalahan terlibat dalam siri-siri perhimpunan di Kuala Lumpur.


Lebih 1,000 orang ditangkap semasa berdemonstrasi antara 1998 hingga 1999 sahaja.Menurut jurucakap penganjur Mustapa Mansor, dialog itu juga akan membincangkan peranan baru aktivis gerakan itu sebagai kumpulan tanpa parti, termasuk menegur kerajaan-kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.Pertemuan di Hotel KL International jam 5 petang esok dimulakan dengan tayangan video perjuangan gerakan itu selama 10 tahun mulai 1998 dan diikuti forum 'Mensyukuri Kemenangan Pilihanraya Umum ke-12: Menganalisis Strategi dan Memperkukuhkan Komitmen'.

Thursday, April 17, 2008

ORANG MELAYU DI BELAKANG ANWAR


Umno harus sedar majoriti Melayu teras kekuatan Anwar Ibrahim
Mohd Rashidi Hassan
Wed Apr 16, 08 4:46:52 pm MYT
Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia.

Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.

Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.

Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.

Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.

Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Bermula era reformasi

Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau.

Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman.

Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.

Pasca PRU 1999 dan 2004

Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.

Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.

Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.

Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan.

Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.

Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.

Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN.

Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.

Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban.

'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.

Melayu teras kekuatan Anwar

Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.

Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!

Blog Archive

My Blog List

Followers