Surat Terbuka Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim - amkselangor



Posted by Skuad Dun Batu Caves





Diterima dari email; amkselangor@gmail.comazimann Dec 25th, 2008 at 7:25 pmSalam Reformasi Dato’ Seri,Semoga seluruh keluarga DSAI dan DSWA sentiasa berada di dalam perlindungan ALLAH S.W.T.





Saya salah seorang AJK AMK Bahagian yang selalu mengikuti Mesyuarat AMK Negeri Selangor yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).





Apa yang saya dapati melalui kebanyakan Mesyuarat AMK Negeri Selangor dijalankan, rata2 Exco AMK Selangor amat tidak berpuashati dengan prestasi TSKI selaku Peng. Pehubungan Negeri S’gor (PPNS). Ini bukan sahaja berlaku dalam AMK Selangor tetapi pada bulan Jun’08 lalu, ramai Ketua2 Bahagian PKR di Selangor telah menyatakan rasa ketidakpuashatian mereka beramai2 di depan Istana TSKI di Shah Alam. TSKI memang diakui seorang yang kaya raya sebelum dilantik sebagai PPNS. Bermakna dan sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau tidak pernah ambil tahu bagaimana sengsaranya orang2 kuat Parti termasuk Ketua Bahagian/Ketua AMK Bahagian/Ketua Wanita Bahagian untuk menggerakkan Parti KeADILan Rakyat di seluruh pelusuk negeri Selangor yg telah dimenangi oleh PKR di 15 kws DUN.





Sudah menjadi tanggungjawab PPNS agar dapat turun ke setiap 22 Bahagian di seluruh negeri untuk mengetahui masalah2 ahli parti akar umbi dlm menggerakkan Parti, mengembangkan parti dan seterusnya mengukuhkan parti. Apa yang telah TSKI buat selama ini semenjak Mac08 sehingga Dis08 kepada PKR hanyalah boleh dikatakan setakat 10% sahaja, lagi 90% hanya sibuk menguruskan Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Memang kita akui tugas sbg MB Selangor amat sibuk. Sehingga menyerahkan pengurusan DUN Ijok 100% kepada S/U Bahagian/Pegawai Khas/Penyelaras DUN Ijok iaitu Sdr Zapri Miskon. Seolah2 Zapri ni ADUN di Ijok. Kata2 ini sudah selalu berlegar dan bersambung2 dimulut2 pendokong parti di peringkat Bahagian mahupun di peringkat JDM/Cawangan.





Jika dinilai prestasi TSKI untuk menerajui PKR S’gor, memang dilihat tidak layak dan bersungguh2. Buktinya, beliau masih tidak dapat mengenali dengan jelas dan mengingati nama AJK2 di Bahagian Kuala Selangor sendiri. Kalau nak ditanya nama2 kesemua nama Ketua2 Bahagian pun beliau masih terkial2 untuk mengingati. Ini belum lagi Ketua2 AMK Bahagian2 dan Ketua2 Wanita Bahagian. Ilmu Politik beliau untuk menarajui PKR Selangor pun masih belum lulus, inikan pula hendak menjaga 2 Perhubungan Negeri??????? Alamat ghulbul gyuyublah negeri Pakatan Rakyat di bawah PKR pada PRU13 akan datang!!!!





Saya dan mungkin beribu2 ahli PKR yg berada di negeri Selangor ini amat tidak menyenangi TSKI sebagai MB S’gor inikan lagi sbg PPNS???? Diberi pula jawatan PPNWP?????Telah banyak sangat rungutan2 yg terkeluar sendiri dari mulut Ketua AMK Selangor,Sdr Jonah,Ketua Penerangan AMK Selangor, Sdr Mazli, Termasuk juga Ketua AMK Kuala Selangor,Bhagian TSKI sendiri, Sdr Faizal mengenai kelemahan2 keputusan dalam menjalankan tugas sbg MB dan Ketua PKR Sgor (PPNS. Sehingga suatu malam semasa TSKI bermesyuarat di Bahagian Kuala Selangor, Sdr Mazli selaku Ketua Penerangan AMK Selangor dan disertai oleh beberapa Ketua2 AMK Bahagian yg lain telah menyerahkan sepucuk surat kepada beliau sebelum Kongres di Shah Alam 2008 untuk mengadakan Perjumpaan Tertutup antara AMK Selangor dgn MB/PPNS. Tetapi seperti biasa, TSKI hanya berjanji untuk berjumpa selepas Kongres tetapi sehingga sekarang masih tidak ditunaikan.





Apakah ini ciri2 sebagai seorang PPNS? Difahamkan, Ketua2 AMK Bahagian di Selangor akan mengadakan PC dalam bulan Januari09 nanti untuk mendesak TSKI lebih bersikap adil kepada ahli2 PKR dan jika tuntutan ini tidak dituruti. Maka merka akan mengadakan Deomnstrasi untuk TSKI meletak Jawatan sebagai MB Selangor!!!!! Ini sudah melampau Dato Seri… Pemuda2 Bahagian sudah tidak percaya kepada PPNS/MB sendiri????





TSKI ni orang dah kaya raya dan baru 2 tahun masuk politik. Beliau tidak tahu dan tidak pernah mengharungi kesusahan2 dan perit jerih anak2 muda dari zaman reformasi 1988 dulu semasa Dato Seri dipecat dari Kerajaan, dipecat dari UMNO, ditangkap pd 20 Sept’98 sehingga di penjara hingga 2004. Apa yg TSKI buat waktu itu???? dibandingkan dengan pengorbanan anak2 muda zaman reformasi masa tu…dibuang kerja, bercerai berai dan macam2 lagi. TSKI buat apa? Mungkin Buat BODOH je!!!!!!





Maka menjadi kewajipan Dato Seri untuk menimbangkan dan meneliti perkara ini. Saya dan rakan2 yakin DSAI mampu untuk merubah agar kerjaan PR tidak akan dirampas oleh UMNO pada PRU13 nanti. Saya bimbang bukan UMNO yg akan menumbangkan PKR tapi org2 PKR sendiri akan menumbangkannya sendiri.Exco2 negeri pula sudah semakin sombong dan malu untuk memakai baju Parti semasa melawat2 kawasan dan program2 Parti.Wallahualam….












Di Pulau Pinang ada juga dalam blog alahaifairustkm1.blogspot.com/.Elok bincang cara tertutup.Tak kan nak hebah.Nanti UMNO bertepuk tangan.Sekarang UMNO sedang sibuk untuk pemilihan.Selepas bulan 3 nanti bila semua sudah selesai, dan diketika itu PR terutamanya PKR asyik dok kondem pimpinan mereka,maka amat mudah untuk UMNO menghentam.




PAS ada masaalah,DAP pun ada masaalah.Tapi kalau keluar pun sehari dua lepas itu ditutup parti.Senyap dan di selesaikan dalam parti.Dah orang /rakyat bagi peluang untuk memeirntah,lakukanlah mesyuarah/rundingan dengan tertib.kan elok...............






Sekadar beri pandangan....walau bukan parti aku pun...........
















No comments: