NAJIB PERLU JAWAB MEGENAI 4 ADIK BERADIK BELIAU


TERJEMAHAN OLEH:WRLR


KULA LUMPUR- Timbalan Perdana menteri Najib mungkin hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia , namun Najib harus menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan jawatan yang disandang adik beradik beliau dalam sektor korporat tertentu dan juga mempengaruhi tindakan politik beliau dalam pentadbiran kerajaannya.


Malahan pihak yang menggnggap bahawa tujuan semua lantikan dan jawatan yang disandang ini adalah demi kepentingan Najib , dan pihak pembangkang percaya bahawa ini semua adalah untuk kepentingan Najib mencanak naik keatas jawatannya dimana sejak awal lagi Nizar Razak mengetuai sebuah bank terkemuka di Malaysia.


Dalam temubual beliau dengan THE EDGE , Najib menafikan isu ini.Beliau menjelaskan bahawa Nazir menyertai CIMB dan berjaya sebelum beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menjadikan CIMB antara yang terbaik dan melihat akan betapa pasaran sendiri yang menjadi hakimnya.



"Dan semalamnya saya terbaca bahawa beliau menerima anugerah sebagai tokoh perbankan kedua terbaik di Asia.Jadi saya kira ianya menjadi perbualan dikalangan para pengurus kewangan...tidak ada konflik dan kepentingan dalam pengurusan CIMB dan ini semuanya berkaitan dengan pihak Bank Negara Malaysia"


"Jadi bank pusat telah membuat berbagai perkara tentang hal ini, demikian jelas Najib lagi.Najib tidak menyatakan bahawa ianya sesuatu yang menguntungkan pihak beliau untuk jangkamasa panjang antara beliau dengan Nizam,Nazim dan Johari.Mereka semua telah diberi perhatian yang besar dan sehalus-halusnya bagi menjamin bahawa mereka ini tidak terlibat dalam sebarang perkara yang melibatkan kerjaya politik beliau di masa akan datang."


Namun di Malaysia persepsi seperti ini segalanya berkemungkinan dan sebagaimana Mahathir Mohammad dan Abdullah Badawi telah menjadi bukti bahawa keterlibatan keluarga dalam perniagaan boleh menjadi satu isu politik.



Sebagaimana terjadiya kesan ekonomi pada tahun 1998 dan bagaimana terjadinya peristiwa politik dimana pemecatan mantan timbalan Perdana Menetri Anwar Ibrahim menjadikan krisis ini semakin serus, sebaimana keterlibatan Mahathir dan anak-anak beliau telah menjadikan ianya sebagai satu isu besar oleh musuh -musuh politik mereka



Dengan menyatakan bahawa nepotisme dan kronisma telah menjadikan ianya satu isu yang besar dan digunakan oleh pihak pembangkang dalam memainkan isu politik dalam pilihanraya 1999, menjadikan Datuk Mokhzani menjual sebahagian besar perniagaannya dan bertukar menjadi seorang yang merendah diri.



Ironiknya Mahathir mengunakan taktik yang sama menentang Abdullah,menuduh beliau sebagai mengutamakan anaknya Kamaluddin dan juga menantu beliau Khairy Jamaluddin.Potensi dan sumnber tersebut telah menjadikan Abdullah mempertahankan anak beliau dan juga menantunya Khairy.

Dalam temubual dengan majalah THE EDGE apabila di tanya Najib berhubung tentang perkara ini iiatu adakah beliau merasa gentar dengan tuduhan yang dilakukan Mahathir terhadap Abdullah akan jua berlaku kepada beliau,Najib menyatakan :



"Saya akan pastikan bahawa semua konflik ini tidak akan terjadi , malah saudara mara saya tidak akan terlibat secara langsung dengan konflik yang boleh memberi kepentingan dengan jawatan yang saya sandang.Mereka adalah mereka dan mereka berhak berada disana sebagaimana yang sepatutnya.Dalam apa-apa kes sekali pun tidak ada sesipa antara mereka beradadalam kerajaan.Seorang adalah peguam,seorang lagi adalah arkitek,seorang lagi dalam langkah untuk bersara dan seorang berada dalam CIMB"


"Jadi saya tidak nampak ada sebarang masaalah dan mereka berada di tempat mereka sekarang sebelum saya berada di tempat saya sekarang",


Jawapan yang tepat. Jadi Najib hanya perlu untuk mengekalkan tanggapan yang beliau berikan dan menghilangkan persepsi terhadap beliau.



Emmmm................

No comments: