Masuk PAS : Zahar marah kerana tak dapat tender helikopter




Masuk PAS : Zahar marah kerana tak dapat tender helikopterDecember 25, 2008


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Datuk Zahar Hashim dan 28 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian berkenaan ke dalam PAS. Zahar digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun pada awal bulan Disember kerana menjalankan kegiatan yang menjejaskan parti. Beliau antara lain menyebarkan dakwaan mengatakan ada yang tidak betul dalam urusan pembelian Eurocopter. Sebaliknya siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini mendapati ia mengikut peraturan. Zahar adalah antara mereka yang membida tender untuk kontrak membekalkan helikopter berkenaan.
Bagaimanapun menurut Muhammad, UMNO negeri itu akan mengadakan mesyuaratnya berhubung dengan perkembangan terbaru itu.



Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan Zahar menyertai PAS mudah difahami kerana beliau begitu marah kerana dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.
Katanya, bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan itu seharusnya sedar tindakannya yang melanggar disiplin parti dengan memburuk-burukkan kepimpinan parti.


“Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.



“Dia juga dapat tanah beratus ekar daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi masih tidak bersyukur. Bila dikenakan tindakan disiplin dia bukan main marah lagi,” katanya ketika dihubungi Agendadaily.



Namun kata Muhammad, tindakannya menyertai pembangkang itu mungkin juga disebabkan untuk mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang kerana Zahar masih lagi aktif sebagai pemaju perumahan.



“Mungkin dia buat begini kot-kot dapat favour dari kerajaan negeri. Ini adalah jenis pemimpin yang tidak ikhlas,” tambah beliau




Ada.....memang ada...yang masuk untuk jadi kaya pun ada.Yang masuk untuk dapat tender pun ada ,yang masuk nak dapat jawatan besar pun ada......oooooooooo nak kaya...nak kaya ....nak kaya....

Nak kaya elok sertai UMNO/BN baru boleh kaya......




No comments: