HIMPUNAN BANTAH HAK MELAYU?????

Sumber terjemahan(WRLR) : Malaysiakini.com


Perhimpunan membantah yang kononnya membantah hak-hak penghapusan keistimewaan Melayu dan hak keistimewaan dalam kedudukan tertentu dalam beberapa institusi telah di adakan dihadapan rumah Gavenor hari ini.

Lebih 1500 hadir dimana 400 orang terdiri daripada kanak-kanak , yang terdiri daripada 20 kumpulan NGO's Melayu telah mengadakan himpunan aman selama 2 jam yang bermula sejak jam 9 agi tadi.

Sebuah badan bertindak MCPX yang memberi nama sebagai Malay Coalition of Malay NGO's telah mengadakan himpunan sempena maal hijrah di Pualu Pinang hari ini.Ianya bermula jam 9 pagi tadi di padang polo berhampiran pintu hadapan umah Gavenor.Lebih 50 anggota polis hadir megawal keadaan.


Diakhir perhimpunan tersebut ketuanya Md Radzi Daud berkata satu memorendum telah di hantar ke pada Gavenor Rahman Abas.Memo tersebut telah di terima oleh pegawai khas Seri Mutiara, Sahul Hamid.Mmenurut memo tersebut, dimana antaranya menyertu supaya islam di jadikan sebagai agama rasmi , menjamin hak immuniti beraja dan juga mengekalkan akta drakonian I.S.A. untuk menjaga keselamatan dalam negara.



Dalam sidang akhbar kemudiannya Md Radzi menjelaskan bahawa perhimpunan yang dihadiri seramai 4000 orang berdasarkan pandangannya menjelaskan bahawa beliau memberi amaran kepada rakyat bahawa jangan sesekali mengeruhkan keadaan dalam negara dengan mengungkitkan isu berhubung dengan konstitusi yang telah di termaktub dimana ianya mungkin akan mengeruhkan susasana harmoni dalam negara.

Perhimpunan ini juga menurut beliau ialah untuk mengingatkan kepada seluruh rakyat bahawa kontrak sosial dan pertanggugjawapan mereka terhadap keselamatan dalam negara,insitusi beraja,kontrak sosial dan keamanan dan keharmonian dalam negara.

Beliau juga mendakwa bahawa banyak kejadian dimana masyarakat Malaysia telah menyentuh sentimen masyarakat Melayu berhubung dengan beberapa isu."Dengan mengunakan beberapa isu , ianya telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan isu hak-hak keistimewaan dan kedudukan orang -orang Melayu"jelas Md Radzi lagi yang juga menjadi penaung kepada Yayasan Aminul Ummah Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa sesiapa yang mencetuskan ketegangan berbentuk perkauman harus di tahan di bawah I.S.A.




Haaa.Haaa...lagi-lagi I.S.A.....Dato Ahmad Ismail tu patut kena tangkap dah tu.....



No comments: