ADA YANG MENDAKWA PIHAK-PIHAK TERTENTU BERI DUIT DAN KAD PENGENALAN,DAN KEHILANGAN SENARAI NAMA DAFTAR PEMILIH.....

UPDATES 3.00PM




SEKOLAH KEB PERMATANG PAUH DIGUNAKAN UNTUK PROGRAM PARTI UMNO(NIEI)





1.. PEMBERIAN WANG DAN PERTUKARAN KAD PENGENALAN DAPAT MAKLUMAT-BUKTI BELUM ADA-TAPI DALAM STAR ADA YB ARIF SYAH BERI ULASAN.

2. KEHILANGAN SENARAI NAMA DAFTAR PENGUNDI-ADA ADUAN DAN BUKTI..
Permatang Pauh -21 Ogos Kes memberi wang dan menukarkan dengan kad pengenalan dikhabarkan sedang berleluasa di Permatang Pauh.Namun sehingga berita ini ditulis belum ada pihak yang berani tampil untuk meembuktikan kes ini berlaku walau pun digembar gemburkan oleh beberapa pihak.




Dr Joyce dan juga Felicia Ling LF





Menurut DR Joyse Lee Yush Choo(Phd),seorang Timbalan Ketua Bahagian Batu kawan,merangkap ketua cawangan Taman Inderawasih dan juga salah seorang dari ahli Persatuan Wanita Negeri Pulau Pinang, menjelaskan bahawa terdapat maklumat bahawa kejadian ini berlaku di kampong Pertama dimana jadual pemberian wamg ini dilakukan disalah sebuah khemah milik BN di siti.Ianya dikhabarkan berlaku antara jam 8 pagi ke 2 petang pada 20 Ogos.

“Malah ada aduan dimana budak-budak yang menunggang motosikal diberi RM100 dan juga para penjaja di beri RM500 dan diambil kad pengenalan sebagai ganti untuk tidak keluar mengundi” demikian jelas Dr Joyce lagi.

Turut hadir ialah bekas exco wanita MCA pusat seorang peguam Felicia Ling LF, yang turut bersama dalam kempen di Permatang Pauh ini.

Laporan ini disuarakan juga bersama kepada ( NIEI) NASIONAL INSTITUTE FOR ELECTORAL INTERGRITY Sdr Amin Iskandar alias Black. Yang dalam tugasan pemantauan pilihanraya Permatang Pauh ini yang menyaksikan bagaimanaUMNO/BN menggunakan sekolah sebagai bilik gerakan kerana kerajaan Pakatan Rakyat kini tidak menggunakan kemudahan rakyat sebagaimana selalunya di gunakan oleh pihak Barisan Nasional.

Ini ditegaskan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dimana Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng menjelaskan bahawa jika “kerajaan negeri ingin menggunakan jentera kerajaan dan kemudahan rakyat, maka ini membuktikan kita(PR) adalah sama sahaja dengan kerajaan Barisan Nasional.maka untuk lebih gentlemen kita tidak usah menggunakan jentera kerajaan,kemudahan yang disediakan kepada rakyat ,dan jika saya ingin menggunakannnya kita boleh menggunakannnya tetapi kita harus menjaga maruah kita” beliau pernah menegaskan maksud kenyataan ini dalam siri caramah beliau baru-baru ini.

Malah menurut Dr Joyse lagi dalam perbualan bersama (NIEI) pihak polis hampir sama banyak dengan bilangan pengundi dan dijalan-jalanraya trak-trak polis dimana-mana sahaja bila adanya ceramah dari pihak yang mewakili Anwar Ibrahim,malahan seringkali mengawasi pihak BN untuk memasang bendera.


Manakala laporan kehilangan nama dari senarai pemilih telah dikenalpasti oleh pihak Pakatan Rakyat dimana seramai 26 orang telah tampil untuk mengadu berhubung dengan kehilangan nama pada daftar pemilih pada pilihanraya kecil pada kali ini. Taklimat dan sidang akhbar telah dibuat oleh YB Saifuddin berhubung dengan kehilangan senarai nama ini.Beliau juga adalah pengarah strategik PKR Pusat.

No comments: