DALAM SEMINGGU ATAU DUA LAGI KERAJAAN BARU AKAN DIBENTUK????


DSAI semalam mendakwa bahawa dalam seminggu atau dua lagi para Barisan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan baru bagi Malaysia.Beliau berkata demikian di stadium Jugra Banting Selangor dihadapan ribuan manusia.


"Kita akan lihat bagaimana dan sebanyak mana yang terpaksa dihabiskan oleh BN bagi membelanjakan wang untuk melakukan pilihanraya nanti" kelas beliau lagi.


Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan bahawa dalam sejarah inilah kali pertama dalam sejarah dimana orang-orang Melayu telah menolak UMNo sebagai parti pilihan mereka.


Beliau juga kini menjelaskan hanya golongan orang-orang yang miskin yang memberi sokongan kepada UMNO kerana di beri dengan berbagai habuan menjelang pilihanraya, dan menyeru kakitangan kerajaan dan juga para guru untuk membantu Pakatan Rakyat bagi menerangkan dasar-dasar bagi membantu orang-orang Melayu.


"UMNO hari ini mula memainkan isu membantu melayu kerana mereka dalam keadaan tidak kuat dan saya,sebagai orang Melayu juga akan turut membantu orang-orang Melayu dan tidak sekali-kali akan menipu mereka untuk terus maju", demikian jelas Anwar lagi.


beliau juga menjelaskan dasar-dsar yang akan dilakukan oleh Pakatan rakyat dengan memberi penekanan kepada agama sebagai intiti dari slogan Pakatan rakyat, dimana agama tidak akan dipinggirkan dan juga bangsa-bangsa lain juga tidak akan di pinggirkan sebagaimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

No comments: