LAWATAN YB HAMDAN DAN KETUA MUSLIMAT KE SAMA GAGAH





PERMATANG PAUH-21 JUN Lawatan sepetang YB Hamdan ke kawasan parlimen Permatang Pauh telah mengesan seorang penduduk warga emas yang dikenali sebagai Makcik Nah 65 tahun. Beliau yang merupakan ibu tunggal kerana kematian anaknya kini hidup keseorangan.


YB Hamdan turut menderma RM200 sebagai tanda simpati dari pejabat PAS bahagian Permatang Pauh.Sebagai janji beliau,pihak pejabat PAS kawasan akan membawa kes ini ke pengetahuan PUZ dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pejabat daerah sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.



Manakala pihak Muslimat juga akan berpadu tenaga bagi melakukan gotong royong dan akan memangil ahli dan kaum muslimat dalam masa terdekat untuk menguruskan rumah makcik Nah.



PN SURAYA KETUA MUSLIMAT DAN YB HAMDAN MENGHULURKAN DERMA KEPADA MAKCIK NAH

No comments: