DR LO LO GESA MUSLIMAT KELUAR DARI KEPOMPONG DEKATI RAKYAT


Permatang Pauh 28 JUN - Majlis muktamar Pas negeri Pulau Pinang dirasmikan oleh Yb Dr Lo Lo ahli parlimen Setiawangsa.Dalam ucapan beliau,DR Lo Lo jelas menitik beratkan betapa muslimat PAS perlu keluar dari kepompong dengan merentasi apa yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh para calon wanita.Kaum muslimat hendaklah meneroka kawasan baru dan strategi baru mendekati masyarakat.

Dalam ucapan itu juga beliau,menekankan betapa para kaum muslimat dan ahli PAS supaya bekerja kuat dan menuntut hak terutamanya dalam jawatan di peringkat negeri.Beliau menceritakan bagaimana usaha beliau dan pertolongan para penyokong dan pengundi bukan sahaja membantu dari segi kewangan malahan juga membantu dari segi tenaga.






"Ada kawasan yang tidak membenarkan saya berkempen, terutamanya di kawasan kondominium,saya mengambil pendekatan dengan berkemah di pintu masuk kondo tersebut kerana berbagai sekatan,malahan ada ahli UMNO yang mengaku ketua cawangan cuba menghalang saya berkempen dengan mengemukakan soalan dari segi permit dan sebagainya,tetapi dijawab dengan fakta ,jadi mereka akhirnya tidak dapat menghalang kita untuk berkempen",demikian jelas beliau mengenangkan detik berkempen semasa pilihanraya dimana sesuatu yang sukar itu jika tidak dicuba pastinya tidak akan mendapat sesuatu yang baik dan berhasil.






"Kita juga perlu "menaikkan saham" kita kerana kita dapati bahawa ada diantara kita yang dipinggirkan setelah mencapai kemenanagan,jadi untuk masa depan kita perlu tegaskan tuntutan kita sebelum pilihanraya dengan beberapa jawatan yang sepatutnya menjadi hak kita."
Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat negeri Pn Nurul Huda Yusof Rawa, YDP PAS negeri Pulau Pinang Tn Hj salleh Man,Ajk -Ajk PAS negeri dan kawasan..




































No comments: