BILIK KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN BAYAN BARU DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN KEADILAN












PRESIDEN PKR MERASMIKAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN BAYAN BARU




OLEH:AMIRUDDIN AHMAD


Bayan Baru 17 Mei- Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini telah merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru di mana ahli perlimennya Dato Zaharin b Hashim.Pusat Khidmat tersebut yang terletak di tengah pusat Bandar Bayan Baru ini di sewa bertujuan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berada di bawah Parlimen Bayan Baru iaitu, DUN Pantai Jerejak,, DUN Batu Maung dan DUN Batu Uban.Turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Menteri Tuan YB Lim Guan Eng,YB-YB PKR YB Sim,YB Abul Malek,YB Lau,YB Raveen,YB Yusmadi,YB Jason Ong,YB Tan,YB Lai YB UST Maktar dan juga YB Hamdan dari Parti PAS.serta Pesuruh jaya PAS negeri Tuan Hj Salleh Man,Pengarah Pilihanraya Negeri Pak Mus,timbalan beliau Pak Pin,para penyokong,dan orang ramai.
Sebelum majlis dimulakan, YB Raveen dan YB Dato Zaharin telah sudi meminta YB Datin Seri Wan Azizah Presiden PKR menerima borang kemasukkan ahli baru Parlimen Bayan Baru seramai 2000 keahlian.Menurut YB dado Zaharin lagi."Jika 2 minggu lepas kita menerima 11,000 ahli, kini kita menerima 2000 lagi ahli baru dan ini sudah pastinya memberi kesan kepada kekukuhan parti dan dengan tertubuhnya pusat ini ianya dianggap satu era yang sesuai bagi berkhidmat kepada rakyat" jelas Dato Zaharin.Majlis kemudiannnya memperdengarkan lagu Negaraku dan kemudiannyasemua hadirin berdiri memberikan penghormatan.

Dalam ucapan permbukaan, YB Dato Zaharin menegaskan bahawa tujuan penubuhan Pusat Khidmat ini adalah agar kerja-kerja membantu masyarakat dapat diberi tumpuan dan menurut beliau lagi , dengan melantik beberapa wakil beliau , sekiranya beliau berada di luar kawasan, wakil-wakil ini yang memberi sokongan kepada rakyat di Parlimen Bayan Baru. Beliau juga merujuk kepada semua wakil Pakatan Rakyat agar berkhidmat dengan bersungguh-sungguh kerana jika tidak berkhidmat dengan betul rakyat menolak.”Hari ini rakyat menyokong kita untuk mendapatkan khidmat yang lebih baik,rakyat juga akan menolak kita jika tidak berkhidmat dengan bersungguh-sungguh kepada mereka” demikian jelas Dato Zaharin lagi.Sementera itu , menurut YB Raveen dalam ucapan selepas YB Dato Zaharin,beliau menegaskan bahawa pusat khidmat ini juga akan menumpukan kepada dialog dan juga pusat bagi menyatupadukan diantara semua kaum dan mempereratkann lagi hubungan dan pusat khidmat kepada kaum wanita kerana menurut beliau pengundi wanita hampir 50% dan ini penting agar khidmat kepada kaum wanita diberi tumpuan yang sewajarnya.Sementara itu, dalam majlis yang sama juga Ketua Menteri YB Lim Guan Eng menjelaskan bahawa dengan kehadiran YB-YB dalam pakatan Rakyat ini, sesungguhnya ianya menunjukkan betapa pakatan Rakyat ini akan menuju ke era baru dalam mentadbir kerajaan negeri dan juga Malaysia nanti. Oleh yang demikian, sekiranya ada antara waki-wakil dari pihak pembangkang yang ingn berkhidmat dengan Pakatan Rakyat kita sedia menerimanya, demikian jelas YB Lim Guan Eng lagi.
“Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac merupakan satu perubahan dari rakyat untuk menerima wakil-wakil Pakatan Rakyat berkhidmat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia, khsusnya rakyat Pulau Pinang. Kita mengharapkan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang boleh memimpin Negara supaya rakyat dapat memilih kehidupan yang lebih baik. Oleh itu dengan perasaan rendah diri saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat agar memberi kepercayaan kepada wakil-wakil PR untuk menerima amanah ini”Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang kini sedang memperkenalkan sistem CAT yang membawa makna contigency,aaccauntanbility dan juga transperency yang mana ianya melihat kepada kepimpinan yang berkebolehan ,tranperansi , bersih dan amanah dan membelakangkan rasuah yang mana amalan rasuah menjadi amalan kerajaan yang lepas,dan itulah yang diminta rakyat sebenarnya.

“Kini kerajaan sedang berusaha meneruskan program memberi bantuan beras dan juga dengan cara ini kita sebenarnya ingin mengetahui bahawa ini adalah satu tanda dan mengingatkan kita bahawa ini merupakan satu sumbangan kerajaan negeri ,kita tahu kesusahan mereka dan kita harapkan mereka meneruskan kehidupan dengan sempurna”.demikian tegas Tuan YB Lim Guan Eng Lagi.Bercakap soal pelaburan pula, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sebelum ini kerugian hampir 7 Billion ringgit apabila sebuah syarikat dari German tidak jadi untuk melabur kerana kita mempunyai saluran paip gas tetapi tiada gas untuk di salurkanDalam jangkamasa 1 bulan setengah kebelakangan ini , kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 1 bilion ringgit. Satu rekod bagi kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Kita mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran, tetapi mereka tahu kita tidak ada pengalaman mengambil rasuah ,penyalahgunaan kuasa dan mengambil duit kopi.Inilah yang mereka mahu dari kerajaan kita hari ini”.demikian jelas Timbalan ketua Menteri lagi dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.“Kita ikhlas sebenarnya untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat untuk rakyat.Kita tidak mahu ada antara kita yang jika diminta berkhidmat kepada kerajaan Pusat,kita tidak akan menekannya.Baru-baru ini ada wakil dari parti pembangkang yang ingin berkhidmat kepada Pakatan Rakyat telah diberi amaran yang keras”,demikian jelas Tuan YB Lim Guan Eng dan beliau selanjutnya menegaskan bahawa dengan kekayaan yang kita ada,kita akan kongsi bersama rakyat.
Majlis kemudiannya menjemput Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah berucap dimana beliau dengan ucapan yang ringkas menegaskan bahawa betapa pentingnya wakil-wakil rakyat dalam parti PKR khususnya jika didapati tidak menepati matlamat perjuangan ,mengamalkan rasuah,dan juga tidak berkhidmat dengan baik kepada rakyat agar memberitahu terus kepada beliau , dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka. Majlis seterusnya menjemput YB Datin Sri merasmikan majlis pembukaan pusat Khidmat Parlimen bayan Baru ini dengan memotong reben belon sebagai tanda perasmian Pusat khidmat yang baru bagi rakyat dan pegundi di dalam parlimen Bayan Baru.

No comments: