REFORMIS BUKAN PERLUKAN SIMPATISME UNTUK HIDUP.KESEDARAN MELAHIRKAN REFORMIS-NORA


Leret punya leret cerita tertumpu pada satu isu gabungan yang mahu dilaksanakan bagi menentukan arah dan kebajikan reformis. Wah.....selama hampir 10 tahun kita berjuang dengan pelbagai tekanan dan kesempitan hidup tiba-tiba ada orang yang tidak pernah kami tahu datang mahu mengumpul golongan reformis, mahu bertindak sebagai jurucakap dan pengerusi untuk membela reformis dan menentukan arah.


Pelik bukan, mana orang ini sebelum ini.Hari ini segelintir kecil mahu adakan pertubuhan yang akan memastikan nasib reformis terbela. Kelakar, selama ini kita melarat, tidak pula dipedulikan sekarang timbul konon-kononnya mahu menukar arah. Sayang, entah dari mana mereka timbul kini sibuk membuat ikrar untuk membantu reformis ini.


Ha! Ha! Ha! baru sekarang... nak buat organisasi dan kemudiannya menggunakan nama seolah-olah golongan reformis ini memerlukan agenda dan memerlukan tunjuk ajar agar matlamatnya jelas dan tidak kelam kabut.Ha! Ha! Ha! siapa dia dan siapa mereka ini! – kalau dahulu kita berkorban bersungguh-sungguh TAK DE PUN nak hulur bantuan kini sudah ada ura-ura mahu membuat pakatan reformis dan diterajui oleh orang yang tidak pernah muncul tiba-tiba “landing” sebagai moderator.

No comments: