RAJA DR NAZRIN PERLI UMNO /BN



Hilang pedoman punca empayar jatuh-Nazrin


20/03/2008 3:00pm

IPOH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah.


Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.


``Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.


``Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama,'' titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.


Putera sulung Sultan Azlan dan Tuanku Bainun itu diisytihar sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1984, kira-kira dua minggu selepas Sultan Azlan ditabal sebagai Sultan Perak.Raja Dr Nazrin menerima pendidikan awal di St. John's Institution, Kuala Lumpur dan memiliki Sarjana Muda (Kepujian) dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, Harvard University dan ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan, Universiti Harvard.


Baginda dilantik sebagai Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), merupakan Pro-Canselor Universiti Malaya sejak 1989 dan pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar serta menerima jemputan menjadi Fellow Eminent Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia berkuatkuasa 1 Mei, 2007.Baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Zara di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, pada 17 Mei 2007.

No comments: