LETAK YEOP LETAK,RAMAI LAGI YANG CERDIK NAK GANTI

Perak: Letak jawatan besar-besaran

Mar 26, 08 8:53am

Seramai 876 ketua kampung di seluruh Perak bersedia melepaskan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR.Manakala 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menurut langkah yang sama, lapor laman web Utusan Malaysia hari ini, memetik kenyataan presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP), Zukiman Jalil. Sementara kerajaan negeri, yang diketuai menteri besar PAS Mohamad Nizar Jamaluddin, akan memperkenalkan sistem pengundian di kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung. Menurut Mohamad Nizar, sistem seumpama itu pernah diperkenalkan dan Perak kali ini akan menggunakan kaedah tersebut bagi memilih semua ketua kampung.Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar selepas perjumpaan beliau dengan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh semalam.Menurut Bernama, acara itu adalah majlis rasmi sulung selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar 17 Mac lalu.Mohamad Nizar berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan."Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan kaedah baru itu secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampungsedia ada tamat pada 31 Dis depan.Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri."Kita setuju beri hak pilih siapa jadi ketua kepada penduduk... mereka boleh pilih sendiri ketua kampung, imam dan jawatankuasa masjid," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah beliau gembira dengan kehadiran lebih 300 ketua kampung di majlis itu walaupun ada laporan menyebut acara itu diboikot oleh PKKNP.

No comments: