JANGAN PATAH SEMANGAT.UNDI HANTU UNTUK KALAHKAN BA DI PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH-27FEB-Kedengaran berita bertiup kencang bahawa BN akan menggunakan undi hantu bagi menjatuhkan BA di Permatang Pauh.Jika perkara ini terbukti benar,pihak-pihak yang berkepentingan harus mencari maklumat dan bukti-bukti sahih dan bertindak segera.Kita tidak mahu Permatang Pauh jatuh ke tangan UMNO pada pilihanraya kali ini kerana rakyat Permatang Pauh tidak akan mengundi UMNO/BN kecuali pecacai mereka.

Bukti pertama ialah di hari penamaan calon.Tidak ada nampak kesungguhan semasa penamaan calon.Lihat gambar berita dibawah.Keduanya Gambar dan poster imam duit tidak begitu menonjol di Permatang Pauh berbanding gambar Pak lah.ini menimbulkan kesangsian bahawa UMNO BN seakan-akan begitu yakin akan kemenangan yang mungkin mereka perolehi.

Sementara itu pada khutbah Jumaat ini 29hb.bakal YB Penanti Sdr Mohamad Fairoz akan berkhutbah di masjid Jamek Kubang Semang.

No comments: