BARISAN ALTERNATIF LAWAN SEMUA KERUSI YANG DITANDINGI BN



















Barisan Alternatif akan bertanding disemua kerusi menentang BN dalam pilihanraya yang akan datang.Ini merupakan satu sejarah dalam pilihanraya sejak negara mencapai kemerdekaan.Barisan Alternatif bersetuju untuk menyertai pilihanraya pada kali ini dengan harapan meletakkan hanya satu lawan satu demi menentang Barisan Nasional.
Barisan pebangkang atau lebih mesra di kenali sebagai Barisan Alternatif kini berpendapat inilah masanya untuk bertanding disemua kerusi bagi menentang Barisan Nasional. Ini merupakan satu sejarah dalam pilihanraya yang mana selalunya tidak semua kerusi yang akan ditandingi oleh BA dan memberikan kemenangan mudah bagi UMNO /BN memonopoli kerusi.
Menurut Ketua UMUM PKR Dato Seri Anwar Ibrahim , PKR kini akan bertanding di 100 kerusi, DAP 54 manakala PAS 64. BA kini mempunyai 12 kerusi,PAS 6 , manakala PKR 1.Ini adalah langkah besar yang diambil untuk menafikan kekuatan BN semata-mata.

Menurut ketua pembangkang,Lim Kit Siang, "kita mencapai persetujuan untuk bertanding di semenanjung dan berjaya melakukannya, namun di Sabah dan Sarawak kita menghadapi sedikit kebuntuan untuk meletakkan calon unuk bertanding".Namun perkembangan kini menampakkan sesuatu yang terbaik. "kita meletakkan calon disemua kerusi dengan harapan kita akan dapat mengusai dan memenangi banyak kerusi pada kali ini" demikian jelas Lim Kit Siang.

Keadaan ini akan menyebabkan Pak lah merasakan beliau sememangnya lemah. Ini adalah kerana dengan kenaikan harga barang,keresahan dikalangan berbagai kaum terutamanya kaum Melayu yang menguasai kerajaan,dan etnik India ,dan Cina."Barisan Alternatif kini mempunyai peluang terbaik selepas beberapa peristiwa yang menunjukkan kelemahan kerajaan yang memerintah.Dengan kenaikan harga barangan yang tinggi , kita menjangkakan akan berlaku perubahan dalam lanskap politik negara", demikian jelas Lim lagi.

No comments: