JELAJAH PERDANA DSAI DI SELURUH SEBERANG PERAI


830PG-1000PG komplek AnNahdoh Inn, penanti

1100-12.00 Tgh Tamn Merak Simpang Empat

1230-130 tgh Tmn Bayu mutiara ,Bkt tengah

3.00-4.00 Ptg Bilik Gerakan Kampung kijang

430 5.00pm Madrasah Pmtg Saga inang Tunggal

6.00-700 pm Padang Taman Selangar

8.00-830pm Han Chiang high School

10.30-1115pm Padang bola Kampung kota

PKR PILIH MOHAMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN KERANA PUNYA KUALITI DAN KREADIBILITI CALON N12 PENANTI



PERMATANG PAUH-Calon N12 Penanti yang akan berentap menentang Dato Jalil dipilih kerana mempunyai kreadibiliti dan kualiti sifat-sifat kepimpinan. Beliau berumur 32 tahun adalah seorang graduan yang memiliki Ijazah Sarjana "strategic&Defence studies,Ijazah Sarjana (MBA) "Strategic Management" United kingdom, Ijazah Sarjana muda "Political Science-Internasional Relation, UIAM dan sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.Berkemahiran berbahasa Arab dan Inggeris dengan baik.
TAULIAH PROFESIONAL

Jurulatih profesional, pembanggunan kemanusiaan dan pembanggunan korporat.


Sijil jurulatih skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan MSN


Jurulatih silat olahraga dan seni silat


Zone manager, Ford motor Company Asia Pacific


JurulatIh bertauliah sains sukan


Konsultan dan fasilitator bertauliah program pembanggunan insan.




Bersama timbalan menteri belia dan sukan Kemboja
PENGLIBATAN DALAM NEGARA




Pengarah urusan sebuah akademi seni mempertahankan diri.


Jurulatih tertinggu/YDP Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Wilayah Persekutuan


Imam Khalifah Besar merangkap Panglima Singa Malaya Perubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaya


Pemikir muda serantau ISTAC


Mewakili Malaysia ke Persidangan Belia Asia pasifik di Bangkok Thailand


Mewakili UIAM ke persidangan pelajar-pelajar Islam Asia Tenggara 1997

DEMI SEMANGAT PERJUANGAN YANG BERKOBAR-KOBAR


Inilah dia motosikal BA kerana yang menunggangnya adalah seorang penyokong BA.Bersemangat ................fuyooooooooo

PEMBANGKANG TAK IRI HATI,KAMI TELAH BERI BUKTI

Perdana Menteri hari ini telah menuduh pembangkang sebagai iri hati kerana menuduh kerajaan dengan berbagai-bagai tuduhan........tunggu ulasan selanjutnya...............

HUJAN LEBAT MELANDA PERMATANG PAUH-SATU JATUH 100 KAMI BUBUH


PERMATANG PAUH-29 FEB 2008 hujan lebat sejak petang semalam hingga ke hari ini mengakhiri kemarau sebulan.namun ianya memberi sedikit sebanyak kesan kepada poster-poster pilihanraya yang bertaburan dijalan-jalanraya.Namun usaha gigih telah dijalankan dengan slogan "SATU JATUH 100 KAMI BUBUH" ,maka dengan itu kilang sendiri dan mesin cetak tangan sendiri dilakukan seberapa segera."kami bukan UMNO/BN,tak punya banyak duit,tapi kami punya tenaga dan kemahiran untuk melakukannya walau 48 jam kami terpaksa bekerja secara bergilir-gilir",demikian jelas Sdr Khairi seorang aktivis PAS Permatang Pauh.


Malah terdengar desas desus sebuah bendera gergasi akan dibuat setinggi 4 tingkat untuk menutup bendera yang lain dan jelas sekali ianya mungkin menjadi bendera terbesar dalam dunia.

JANGAN PATAH SEMANGAT.UNDI HANTU UNTUK KALAHKAN BA DI PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH-27FEB-Kedengaran berita bertiup kencang bahawa BN akan menggunakan undi hantu bagi menjatuhkan BA di Permatang Pauh.Jika perkara ini terbukti benar,pihak-pihak yang berkepentingan harus mencari maklumat dan bukti-bukti sahih dan bertindak segera.Kita tidak mahu Permatang Pauh jatuh ke tangan UMNO pada pilihanraya kali ini kerana rakyat Permatang Pauh tidak akan mengundi UMNO/BN kecuali pecacai mereka.

Bukti pertama ialah di hari penamaan calon.Tidak ada nampak kesungguhan semasa penamaan calon.Lihat gambar berita dibawah.Keduanya Gambar dan poster imam duit tidak begitu menonjol di Permatang Pauh berbanding gambar Pak lah.ini menimbulkan kesangsian bahawa UMNO BN seakan-akan begitu yakin akan kemenangan yang mungkin mereka perolehi.

Sementara itu pada khutbah Jumaat ini 29hb.bakal YB Penanti Sdr Mohamad Fairoz akan berkhutbah di masjid Jamek Kubang Semang.

SUASANA BARU DI PERMATANG PAUH







BENARKAH MOHD NOR YAACOB TAWAR RM15 JUTA KEPADA CALON PAS TASEK GELUGOR

sedang mendapatkan maklumat sahih-tidak dapat dipastikan namun sebagaimana pendedahan dari PET malaysiatoday sedikit terjemahan untuk mengetahui Mohd Nor yaacob.

Tasek gelugor-Mohd Nor Yaacob yang dilantik sebagai calon YB Parlimen Tasek Gelugor kini, sebenarnya mempunyai satu laporan polis keatasnya. laporan terhadap beliau kerana menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan pengurusan kewangan sebanyak 13 juta , ianya sama juga sebagaimana beliau melenyapkan sebanyak 40 Billion skandal bank negara.Beliau telah dipecat oleh bank negara dan mula berjinak-jinak dengan ABRAR groups dan meminjam sebanyak 30 juta dari Bank negara untuk menjalankan perniagaannya. Jadi inilah dia pengurus kewangan yang paling bijak di Malaysia.

PENDEDAHAN SIAPA CALON UMNO PMTG PASIR

AKAN KE UDARA NANTI........TUNGUUUUUUUU........TUNGGU LAGI PENDEDAHAN SELANJUTNYA

MOHD SHAHAR SUIB-CALON UMNO........

Beliau tidak pernah bergaul dengan masyarakat dikampungnya,tidak menziarahi orang kampung yang meninggal,tidak menghadiri aktiviti yang dianjurkan di masjid Kubang Semang walau rumahnya berhadapan masjid,tidak menghadiri kenduri kendara yang melibatkan orang kampung,Beliau umpama kera sumbang di kampung tempat tinggalnya...mana mungkin orang yang sebegini dipilih sebagai wakil rakyat UMNO.Memang UMNO sudah tidak punya pemimpin.

Pernah menjawat jawatan guru dan berhenti kerana tidak bersetuju dengan arahan Guru Besar agar tidak selalu keluar meninggalkan sekolah kerana melibatkan diri dalam politik. Beliau berhenti dan menjadi guru KEMAS.Berkelulusan SPM dan mula-mula di posting ke Kuala Lipis.mengunakan saluran UMNO untuk berpindah balik semula ke kampung.Sejak dari itu beliau tidak pernah berjemaah di masjid Kubang Semang walaupun untuk bersembahyang Jumaat.

Bersaudara sepupu dengan lawyer Radzi yang mempunyai skandal dengan seorang Doktor 6 tahun dahulu.isteri Radzi kini menjadi EXCO kerajaan negeri, iaitu Jahara Hamid.Kini terbentuk satu dinasti politik adik beradik dalam UMNO.

Jadi kepada pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir, eloklah anda semua jangan sekali-kali memangkah calon yang tidak berwibawa ini.Jemput lah beliau menjadi imam sembahyang berjemaah di masjid tuan-puan kerana jika YB Hamdan mampu membaca khutbah, menjadi imam solat ,mengimamkan jenazah , mengajar dan memberi tazkirah, mengapa anda sanggup untuk menderhaka kepada orang yang mampu menjadi imam untuk anda. malah YB Hamdan juga berkelulusan M.A dari Al Azhar.

Zaman sekarang telah berubah, jika anda tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, tetapi anda mampu menjadi seorang yang alim dalam bidang agama masih boleh diterima.Jika anda berkelulusan dan mampu menjadi seorang yang kuat pegangan agama lebih baik lagi, namun jika kedua-duanya anda tidak mempunyai, maka elok sangatlah jangan diberi undi dan kepercayaan kerana ianya akan merosakkan akidah dan merugikan anda. Adakah anda lebih bijak dari calon ini???

Ya sudah pastinya anda lebih bijak dari beliau.jadi kenapa anda memilih orang yang kurang bijak dari anda untuk menjadi wakil anda????Fikir-fikirkanlah untuk menjadi pengundi yang mengundi untuk calon yang lebih baik lagi untuk anda.

PENAMAAN CALON YANG MEMBUKTIKAN KEMENANGAN DI PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH 24HB- hari ini penamaan calon telah berjalan dengan begitu meriah sekali. lihat gambar-gambar kemenangan yang bakal di tempuhi oleh BA di Permatang Pauh.Berita muthakir akan menyusul kemudia.SALAM REFORMASI













UMNO PUNYA....TGKKKKKK DUIT TAK MASYUK MANA MAU BUAT KERJA.


ANWAR KEMPEN DISAAT AKHIR UNTUK BA PERMATANG PAUH






SEBERANG JAYA 23FEB- Kempen DSAI di saat akhir sebelum keesokkannnya hari penamaan calon mendapat sambutan yang luar biasa sebagaimana kebiasaannya dimana-mana sahaja lawatan beliau.Semalam di saat akhir untuk BA Permatang Pauh menghadiri hari penamaan calon,ramai lapisan masyarakat dari berbagai kaum hadir. Inilah kali pertama dalam sejarah pilihanraya setelah DSAI dibebaskan , perbagai kaum hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan beliau.

"Kemenangan pada pilihanraya pada kali ini amat penting, Saya begitu optimis bahawa saya ,kita di Barisan Pimpinan BA mampu melaksanakannya dengan lebih baik dari BN.Hari ini kita menang,esok kita turun harga minyak.Yang merugikan negara bukan langkah penurunan harga minyak, tetapi membeli jet sukoi ,komisyen 530 juta,membeli kapal selam, komisyen 400 juta, membeli tanah rakyat dengan rm3 sekaki persegi, menjual dengan 20 kaki persegi,itu yang merugikan negara,"tegas Anwar dengan sambutan laungan dan tepukan gemuruh dari seluruh yang hadirin.













Kita percaya negara ini memang kaya.Oleh kerana itu saya yakin rakyat akan mendapat faedah yang besar jika memberi kepada kita BA memerintah dengan harapan agar kesenangan negara dapat disalurkan kepada rakyat dalam negara ini agar kekayaan itu dinikmati oleh semua kaum.


Permatang Pauh memang menjadi tumpuan dunia apabila Wan Azizah, isteri Anwar mempertahankan kerusinya untuk kali ketiga dan beliau dijangka akan berjaya dengan majoriti yang lebih besar untuk kali ini.






KEADILAN PERKENALKAN CALON BERWIBAWA

Datin Seri Wan azizah dan Dato Zahrain





SEBERANG JAYA 22 FEB- Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah semalam mengumumkan senarai penuh calon-calon yang akan bertanding di beberapa Parlimen dan DUN di seluruh Pulau Pinang .Kehadiran puluhan wartawan dari stesen-stesen utama berita termasuk wartawan upahan yang akan melaporkan berita-berita yang sudah pastinya tidak benar tentang Barisan Alternatif tetapi diberi layanan yang baik oleh Presiden PKR.











PKR Pulau Pinang akan bertanding di 16 DUN dan 4 Parlimen.Sementara itu Datin Seri Dr Wan Azizah mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh yang mana pertandingan pada kali ini dijangka paling sengit kerana UMNO bercita-cita tinggi untuk merampas kerusi Parlimen "emas" ini dari PKR.
PKR juga meletakkan harapan tinggi dengan meletakkan 2 calon wanita di DUN iaitu Noorsiah binti Md Arshad dan juga Noorhayati binti Jaafar.Penglibatan golongan profesional didalam PKR ini adalah sebagai langkah cabaran untuk UMNO yang dilihat masih gagal menjaga kebajikan rakyat.Semua yang mewakili PKR adalah terdiri dari Peguam, Doktor, Ahli akademik,Pensyarah,Ahli perniagaan,dan juga tokoh pendidik.


Sementara itu Antara Parlimen yang diwakili PKR ialah :



P44 Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Bin Dato Hj Wan Ismail

P47 Nibong Tebal Tan Tee Beng

P52 Bayan Baru Dato Zahrain Mohammed Hashim

P53 Balik Pulau Yusmadi bin Yusoff




DUN

N35 Batu Uban Raveetharan A/L Subramaniam

N02 Bertam Noorsiah binti Md Arshad

N03 Pinang Tunggal Mahamad Bin Hashim


N06 Telok Air Tawar Noorhayati Binti Jaaafar


N10 Seberang Jaya Ramli Bin Bulat


N12 Penanti Mohammad Fairos Bin Khairuddin


N14 Machang Bubuk Tan Hock Leong


N17 Bukit Tengah Ong Chin Wen


N18 Bukit Tambun Law Choo Kiang


N20 Sungai Bakap Makhtar Bin Shapee


N21 Sg Acheh Dr Azhar Bin Dato Hj Ahmad


N24 Kebun Bunga Ong Khan Lee


N35 Batu Maung Malik Bin Abul Kassim


N39 Pulau Betong Dr Mansor Bin Othman


N40 Teluk Bahang Abdul Halim Bin Hussein

N36 Pantai jerejak Sim Tze Tzin



Dengan menyenaraikan calon-calon ini, termasuk antara nama-nama besar dalam PKR ialah Presiden sendiri Datin Seri Wan Azizah,Pengerusi Perhubungan Negeri Dato Zahrain, Setiausaha Politik kepada DSAI Sdr Sin Tze Tsin , Dr Azhar, Dr Mansor, Hj Makhtar, Peguam Ravee, Peguam Tan Tee Beng, Abd Malik kassim,Low Chong Kiang. Ini tidak bermakna calon-calon yang berwibawa yang lain tidak punya harapan, semua mempunyai peluang yang terbaik kerana PKR meletak kan hanya yang terbaik untuk menentang BN di Pulau Pinang . PKR dijangka memenangi beberapa kerusi Parlimen dan juga DUN kerana Pulau Pinang antara negeri yang dijangka jatuh ditangan Barisan Alternatif.

NURUL IZZAH AKAN LAWAN SHAHRIZAT JALIL


Nurul Izzah Anwar
Kuala Lumpur- Puteri Sulung Dato Seri Anwar Ibrahim kini sudah bersedia untuk berentap
menentang Shahrizat Jalil di Lembah Pantai. Beliau yang berkelulusan Sarjana dalam kejuruteraan Elektrik dikatakan akan bertarung habis-habisan untuk membuktikan cakap-cakap Sharizat bahawa beliau masih "mentah" dalam politik.



Puteri sulung Anwar ini mula menunjukkan kematangan beliau dalam politik seusia 19 tahun apabila turun ke padang membantu kempen Ibunya Wan Azizah yang sudah 2 penggal menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh. Sebelum itu, parlimen ini ditandingi Anwar.Kelibat Nurul mula menjadi perhatian ramai apabila turun berkempen menentang penganiayaan terhadap bapanya bekas Timbalan Perdana Menteri yang dituduh Mahathir sebagai seorang yang tidak bermoral.Mahathir kini telah bersara , namun sekali sekala membuat 'comeback" dengan tuduhan sebagai seorang yang dikatakan sudah nyanyuk.

Kini Anwar telah bebas dari penjara dan bersedia untuk bertempur dengan bekas parti yang pernah beliau bimbing.Malah menurut pemerhati politik, Anwar akan kembali ke arena politik sebagai seorang tokoh yang paling terkenal dalam memperjuangkan keadilan dalam negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi.Sebelum ini , Malaysia dipimpin oleh diktaktor Mahathir Mohammad.
Kini Malaysia dibimbing oleh Abdullah Ahmad yang dikatakan lemah dalam berbagai sudut. dengan kenaikan harga minyak, rasuh dalam negara, skandal kehakiman,dan kenaikan harga barang memberi tamparan yang cukup hebat buat Abdullah. Dijangkakan pihak pembangkang akan membuat kejutan dalam pilihanraya pada kali ini meskipun barisan pemerintah mengemukakan beberapa muka baru.



BARISAN ALTERNATIF LAWAN SEMUA KERUSI YANG DITANDINGI BN



















Barisan Alternatif akan bertanding disemua kerusi menentang BN dalam pilihanraya yang akan datang.Ini merupakan satu sejarah dalam pilihanraya sejak negara mencapai kemerdekaan.Barisan Alternatif bersetuju untuk menyertai pilihanraya pada kali ini dengan harapan meletakkan hanya satu lawan satu demi menentang Barisan Nasional.
Barisan pebangkang atau lebih mesra di kenali sebagai Barisan Alternatif kini berpendapat inilah masanya untuk bertanding disemua kerusi bagi menentang Barisan Nasional. Ini merupakan satu sejarah dalam pilihanraya yang mana selalunya tidak semua kerusi yang akan ditandingi oleh BA dan memberikan kemenangan mudah bagi UMNO /BN memonopoli kerusi.
Menurut Ketua UMUM PKR Dato Seri Anwar Ibrahim , PKR kini akan bertanding di 100 kerusi, DAP 54 manakala PAS 64. BA kini mempunyai 12 kerusi,PAS 6 , manakala PKR 1.Ini adalah langkah besar yang diambil untuk menafikan kekuatan BN semata-mata.

Menurut ketua pembangkang,Lim Kit Siang, "kita mencapai persetujuan untuk bertanding di semenanjung dan berjaya melakukannya, namun di Sabah dan Sarawak kita menghadapi sedikit kebuntuan untuk meletakkan calon unuk bertanding".Namun perkembangan kini menampakkan sesuatu yang terbaik. "kita meletakkan calon disemua kerusi dengan harapan kita akan dapat mengusai dan memenangi banyak kerusi pada kali ini" demikian jelas Lim Kit Siang.

Keadaan ini akan menyebabkan Pak lah merasakan beliau sememangnya lemah. Ini adalah kerana dengan kenaikan harga barang,keresahan dikalangan berbagai kaum terutamanya kaum Melayu yang menguasai kerajaan,dan etnik India ,dan Cina."Barisan Alternatif kini mempunyai peluang terbaik selepas beberapa peristiwa yang menunjukkan kelemahan kerajaan yang memerintah.Dengan kenaikan harga barangan yang tinggi , kita menjangkakan akan berlaku perubahan dalam lanskap politik negara", demikian jelas Lim lagi.

PENGGUMUMAN CALON PILIHANRAYA PKR PULAU PINANG




PENGGUMUMAN PENAMAAN CALON-CALON PILIHANRAYA NEGERI PULAU PINANG


PENGGUMUMAN AKAN DI BUAT OLEH DATIN SERI WAN AZIZAH

TEMPAT: PEJABAT PKR NEGERI JALAN KELASAH, SEBERANG JAYA.

(BERDEKATAN DENGAN IMIGRESYEN SEBERANG JAYA)

TARIKH:23 HB FEBRUARI 2008

MASA 9.00 MALAM

700 UNDI POS UNTUK UMNO DI PERMATANG PAUH,USTAZAH NUR BAHIYAH MENENTANG WAN AZIZAH ????.



PERMATANG PAUH 20 FEBRUARI 2008-Bahang pilihanraya yang makin hangat di Permatang Pauh, kini dihangatkan lagi dengan berbagai desas desus yang makin menggila. Dengan tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, orang ramai tertanya-tanya siapa calon PKR Penanti dan Seberang Jaya, dua kawasan ADUN yang akan di tandingi oleh PKR,dan dua kawasan ini juga PKR menghadapi kekalahan pada pilihanraya yang lepas.


Antara desas desus yang hangat di perkatakan ialah kemasukkan ahli baru UMNO, Ustazah Siti Nor Bahyah yang mengikuti jejak fakir Dr Mashitah. Jika ini berlaku , amat malang buat kerjaya Ustazah Nor Bahyah kerana orang ramai, yakni masyarakat akan hilang rasa hormat masyarakat sebagaimana yang berlaku kepada Dr Mashitah.Manakala Ustaz Firdaus aka Imam duit akan diletakkan di DUN Permatang Pasir menentang YB Hamdan Abdul Rahman.
Jangan bermain api Ustazh,kerana ianya merosak nama Ustazah di mata masyarakat,cakar rimau pun tak mahu mengaum.
Walau bagaimana pun , sesiapa sahaja yang menentang dan menjadi calon di Permatang Pauh, masyarakat akan tetap memberi tentangan yang cukup hebat. Lihat sahaja bagaimana yang berlaku kepada Imam masjid negara,Ustaz Firdaus, rasa hormat masyarakat hilang bila bertanding di atas tiket UMNO.Kalau dahulu menjadi Imam masjid negara,mungkin nama beliau akan lebih harum di mata masyarakat berbanding sekarang.Peristiwa menentang tong sampah akan tetap menjadi ingatan kepada seluruh masyarakat , bahawa seorang imam boleh menjadi begitu bebal dengan menendang tong sampah.
Selain itu terdapat juga desas desus bahawa semua kakitangan kerajaan yang bertugas di Bandar Perda khasnya pasukan keselamatan, Bomba dan sebagainya akan diberikan undi pos untuk mengundi di Parlimen Permatang Pauh.maka kerana itulah kemenangan di Permatang Pauh masih lagi menjadi percaturan dan adakah ianya akan terus di pertaruhkan dengan menjadikan SPR sebagai salah satu komponen besar Barisan Nasional.??????

PILIH PEMIMPIN YANG CERDIK,BERANI DAN TAAT KEPADA ALLAH




PERMATANG PAUH-18 Febuari .Seperti kelaziman dalam pilihanraya di Malaysia, hanya pemerintah yang layak menggunakan kemudahan yang dibina hasil duit rakyat untuk menentang rakyat. Kemudahan bilik gerakan pilihanraya amatlah berbeza bagai "antara dua darjat". Yang satu dengan penuh kemegahan dan keselesaan, manakala yang satu lagi cuma membina dangau untuk mempertahankan kerusi di Parlimen Permatang Pauh.Inilah senario yang terdapat dalam negara hari ini.
Ini adalah antara yang turut diluahkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ,turut hadir ialah YB Hamdan Abdul Rahman ADUN Permatang Pasir.Permatang Pauh terdiri dari 3 ADUN,Penanti,Seberang jaya dan Permatang Pasir.Pada pilihanraya yang lepas Presiden PKR mengekalkan kerusi dengan majoriti tipis iaitu 590 undi menentang Imam duit.Penanti dan Seberang Jaya menghadapi kekalahan mengejut.Jika pengundi masih tidak berubah arah, Datin Seri Wan Azizah akan kehilangan kerusinya.




Yang anihnya , dalam akhbar mendabik dada menyatakan negara ini negara maju. namun semua siaran televisyen dan media milik pemerintah digunakan pemerintah tanpa rasa malu pada rakyat. malah menurut Tn Guru Hj Hadi Awang sewaktu berceramah semalam di perkarangan Hotel An-Nahdoh di Kubang Semang,milik Ustaz Mutalib, yang diwakafkan, telah menjelaskan bahawa di Myanmar, rakyat nya telah tahu bahawa pilihanraya akan di adakan pada tahun 2010 nanti. manakala di Malaysia, Perdana Menteri masih berbohong untuk membubarkan Parlimen.Presiden PAS itu turut menyatakan bahawa ,untuk memilih pemerintah mestilah dari kalangan yang cerdik, dan bukan dari kalangan yang kaya, kerana kekayaan tidak semestinya cerdik, dan hasilnya memilih pemimpin yang bukan dari ahli yang taat kepada perintah Allah akan menjadikan pemerintahan itu kucar kacir.


"Pilihlah pemimpin yang cerdik, berani dan taat kepada perintah Allah", demikian jelasnya beliau dalam ceramah tersebut.Kepandaian , tanpa wang, akan menjadikan orang cerdik tahu mencari wang."jelasnya lagi di hadapan lebih 5000 hadirin.







Presiden PAS itu dalam lawatan sehari ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri proses dan jentera pilihanraya negeri.Dengan kehadiran lebih daripada 5000 orang,Presiden PAS itu juga menjelaskan bahawa untuk memerintah, kita memang hampir sama dengan UMNO kalau dilihat dari mata kasar, kerana kita juga bekerjasama dengan kaum bukan Islam, namun kita bekerjasama dalam kerangka kita menentukan agar segala perbuatan yang dilakukan oleh kita sebagai Islam, tidak semestinya menurut kehendak bukan Islam, tetapi berbincang.

Dari maklumat yang beliau dapati,terdapat 1000 pengundi pos di DUN Belantik , manakala di Perak menurut Tn Guru Hj Hadi lagi terdapat 1300 nama pengundi yang diulang namanya. "Kita akan tetap mempertahankan undi yang bersih dan akan menentang selagi terdaya untuk melahirkan SPR yang benar-benar bersih dari undi pos dan undi hantu dan akan terus berjuang sebelum dan selepas pilihanraya ini".

Beliau seterusnya menceritakan sewaktu bersama kerajaan campuran, pernah Tun Abdul Razak mengadakan jamuan Perdana dengan meghidangkan arak, namun pimpinan kita menjelaskan bahawa, jika hidangan arak dihidangkan kami tidak akan hadir. Akhirnya dibuat satu sudut khas bagi kaum bukan Islam untuk minum arak dalam jamuan perdana tersebut.


Sementara itu, perang poster semakin hangat di Permatang Pauh. Setiap sudut dan kawasan lapang sudah mula di pasangkan dengan bendera. Sehingga kini bendera Barisan Alternatif telah menguasai hampir berbagai sudut dan ruang. Malah ada kenderaan yang turut di pasangkan dengan bendera untuk menunjukkan sokongan kepada mempertahankan Permatang Pauh, walau cabaran yang bakal dihadapi oleh BA Permatang Pauh makin sengit.



Analisis kekuatan BA akan dikaji dari berbagai sudut di Permatang Pauh. Adakah PKR berjaya mempertahan kerusi Parlimen nya.kajian hanya akan disiarkan menjelang pilihanraya oleh webmaster.

CUBA FIKIR TIDAK MUSTAHIL BOLEH TUBUH KERAJAAN-SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

GAGASAN BARISAN ALTERNATIF MALAYSIA????MUSTAHIL?????????



PAS ,DAP,PKR,MCA,MIC,GERAKAN,.................

Membaca tulisan Badrul Hisham Abdul Aziz dalam website Agendaily yang memperlekehkan usaha parti Barisan Alternatif untuk mendapatkan 148 kerusi Parlimen , agak memualkan. Penulis upahan ini memang lah senada dan sesuara dengan lain-lain akhbar arus perdana. Maklumlah kerja cari makan dengan menulis bukan mudah, tambahan pula nak bayar macam-macam yuran dan kenaikan harga barang serta tol.Silap-silap parti yang beliau bela akan menaikkan lagi harga tol,minyak dan seterusnya Badrul Hisham pun kena penaya dengan parti yang beliau bela.Kalau dapat sebuah mahligai,atau dikecualikan dari membayar tol, dan harga gula kurang 10 sen dari rakyat biasa, saya kira ramai lagi yang akan menulis mengutuk Anwar Ibrahim,Hj Hadi,LimKit Siang.Tapi kita tinggalkan saja lah soal-soal ini. Nak buat macamna ....dah jadi wartawan upahannnnn.

Baiklah, memang dalam dunia ini sesuatu yang ajaib akan berlaku.Malah banyak benda yang pelik-pelik pun berlaku.Tak payah ceritalah benda-benda pelik dalam dunia ini.Apa nak hairan sangat dengan benda-benda pelik. Datuk Radzi 20 tahun dulu keluar UMNO,masuk balik jadi menteri,Datuk Khalid pun sama juga,Datuk Shahril Samad pun sama. Dalam politik mana ada yang pelik saudara Badrul.Mahathir dengan Anwar, siapa sangka akan bergaduh.Begitu juga siapa sangka Anwar tak boleh jadi PM sampai Pak Lah boleh jadi PM.Benda-benda dan perkara yang pelik dalam politik ni,tak boleh kita tentukan. Siapa akan kata MIC akan selamanya dengan UMNO.Siapa sangka MCA dan GERAKAN akan sentiasa dengan UMNO. Boleh jdi MIC,MCA,GERAKAN join dengan PKR,PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif Malaysia.BAM , maka terlupalah akan rakyat dengan BN yang telah tua dan pudar. lagi pula mengikut statistik pilihanraya tahun 1999, UMNO memang kalah teruk dari segi undi untuk orang-orang Melayu . Rujuklah mana-mana kajian ilmiah yang telah dibuat baik UMNO mahupun PAS.

Pendek kata kalau pembangkang dapat 90 , iaitu Pas dan DAP , tak termasuk lagi PKR kerusi kerana rakyat dah meluat sangat dengan pimpinan pemerintah yang ada hari ini termasuklah tulisan Badrul Hisham dalam Agendadaily, maka, BN pun sudah pastinyalah tak dapat Majoriti 2/3 juga. Maka kerana itu, kerajaan campuran terpaksa dilakukan, dan akhirnya parti-parti komponen BN akan keluar parti, misalnya MCA, kerana peniaga cina pun rasa susah nak berniaga sekarang ni. Harga barang mahal, kedai makan ada yang hampir-hampir gulung tikar kerana orang cuba berjimat dan makan di rumah.Barang mahal orang tak sanggup membeli , malah yang masih boleh diguna, akan diguna lagi.

Kaum India yang memang tak akan memangkah lagi MIC.Kalah la pula di kawasan-kawasan dimana selama ini pengundi India memberi undi untuk BN,maka MIC pun istiharlah keluar BN.Yang tinggal akhirnya parti UMNO sahaja, Maka jenuh jugalah Badrul Hisham nak dapat duit upahan tulis artikel untuk cari makan dengan agendedaily kerana pada masa itu Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri,dan beliau pun menurunkan harga minyak.Rasanya boleh dilakukan kalau dicongak-congak dan dikaji dan diteliti dengan pemikiran yang dangkal sekali pun.Anwar pun 9 tahun juga jadi Menteri Kewangan, takkan dia tak tahu langsung. Malah kalau dilihat rekod pentadbiran beliau harga minyak lebih kurang harga sekarang di pasaran antarabangsa, tapi tak naik harga.

Kita buat andaian macam ini lah. PAS menang 45 dari 60 kerusi Parlimen,DAP menang 30 dari 40 kerusi Parlimen...PKR menang 10 kerusi Parlimen....masuk MCA 30 kerusi Parlimen ,Masuk Gerakan 6 kerusi dan juga MIC yang akan berpaling tadah dari BN mendapat 4 kerusi Parlimen termasuk Dato Sri Sammy Vellu yang hilang keyakinan dibawah pentadbiran Abdullah Badawi, kerana harga barang yang naik mencanak tidak dapat membantu kaum India di Malaysia, maka yang tinggal hanya UMNO sahaja yang akan mentadbir Johor, Maka perkara mustahil yang Badrul Hisham tulis tadi, menjadi kenyataan akibat kurangnya keyakinan parti-parti komponen BN dibawah UMNO, hilang juga keyakinan di bawah pentadbiran Abdullah dan Dato Najib, maka Badrul Hisham akan gigit jari juga.Oleh Kerana keyakinan kaum India dan kaum Cina kepada Anwar Ibrahim yang akan menurunkan harga minyak dan harga barang keperluan, mereka keluar dari BN.

Perkara ini tidak mustahil.banyak yang berlaku diluar negara, terutamanya di negara-negara Barat sebelum mengamalkan sistem 2 parti.Parti kecil boleh menjadi parti yang besar kerana hilangnya keyakinan dan rakyat yakin kepada kekuatan dan karismatik pemimpin yang akan bertanding. Takkan PKR tak Menang satu kerusi pun di Malaysia ni dan Anwar telah menyatakan bahawa lepas edah bulan April beliau akan bertanding di Parlimen yang akan menang, paling busuk pun di Permatang Pauh.Jadi boleh lah beliau menjadi Perana Menteri kalau apa yang dijelaskan tadi tentang perkara yang mustahil tadi, sebagaimana yang mustahil untuk di congak oleh Badrul hisham.Mungkin tidak pilihanraya kali ini, mungkin kali yang ke 15, mungkin ke 18, mungkin ke 20.Lambat atau cepat, mustahil atau tidak,bukan kuasa kita.Tapi hari ini SPR , Mahkamah, ditentukan oleh taukeh-taukeh judi.Rakyat hilang pertimbangan, peluang ketrja tidak ada.Nak tulis di website , tak banyak yang baca.Namun masa akan datang era langit terbuka akan terus terbuka.Masa akan tetap berjalan dan perubahan akan tetap berlaku juga.

Dalam politik mana ada mustahil.Tak ada yang mustahil.MIC , GERAKAN, MCA hanya wujud ketika di zaman British. Sekarang era itu semua dah habis. Yang orang kenal ialah Era Fazirra, Era di mana semangat British menjajah bangsa di Malaysia dah habis. Kini rakyat Malaysia mempunyai satu kelas pemikiran yang mahukan semuanya sama rata tanpa ada batasan perkauman. Ya memang betul hak keistimewaan Melayu perlu tetapi adakah UMNO melindungi hak kaum Melayu, kalau dahulu Brtitish tolong jaga, kini UMNO tolong jual.Biasiswa diperkenalkan Tunku dan Razak, Kini Mahathir dan Paklah alias UMNO bagi pinjaman.Dulu sekolah agama dapat bantuan ,UMNO tarik balik bagi buka unversiti swasta yang bertimbun,orang Melayu tak mampu masuk.Dulu bahasa Inggeris bahasa kedua, UMNO ubah jadi Bahasa Inggeris untuk anak-anak peneroka terkial-kial nak faham bahasa INggeris.Peluang berniaga untuk rakyat, orang UMNO sapu bagi ketua bahagian dan cawangan.

Nak senarai lagi apa yang UMNO dah buat pada orang Melayu, memang banyak, sampai bangsa Melayu jadi bangsa kelas 3 dari segi pendapatan perkapita.Itu UMNO perintah.Negeri majoriti Melayu,Bangsa Melayu paling miskin.Terengganu misalnya,ada minyak.UMNO perintah,lingkup juga.Johor,Melayu perintah, jual pasir dan ayer pada Singapura, beli balik dengan harga yang mahal.Berapa banyak peniaga Melayu akan dapat di wilayah Pembangguna Iskandar.pasir pun jual.itu cerita lama,sehinggkan Mahathir naik bengang.Eloklah bangang semuanya......punya nak perintah jual agama,bangsa,tanah pun sanggup.Apa lahhhhhhhhhhhhhh

Jadi saudara Badrul Hisham renung-renungkanlah...................tak mustahilkan???????????

JOM BERSIH 23 FEBRUARI 2008






Check this IC below and yourself, or your parent ones, if you want to know how BN and their component parties win.


IC 991214740101

IC 910815750017

IC 981231081137


Enter this IC and you will be shocked to find that these young kids were registered as VOTERS.

LAWATAN ANWAR BERJAYA MEMBERI NAFAS BARU DI DUN SG BAKAP DAN DUN SG ACHEH




Nibong Tebal 10 Februari 2008- Lawatan sehari DSAI ke Parlimen Nibong Tebal berjaya menembusi 2 kawasan kubu kuat BN selama ini. Antara kawasan utama kubu BN ialah di DUN Sg Bakap iaitu di Sg Buaya. Sama seperti di DUN Sg Acheh yang mana masyarakat India yang selama ini tidak membenarkan pihak pembangkang memasuki kawasan mereka, kini Dato Zainal Abidin Zain pula dilarang memasuki kawasan mereka , malah dihalau dari situ.



TUAN HJ USTAZ MAKHTAR CALON YB PKR SG BAKAP

Ketibaan DSAI disambut hampir 1000 orang di kawasan Sg Buaya dimana selama ini kawasan ini jarang sekali dapat ditembusi oleh pihak PKR. Ini adalah kali ke 3 PKR meletakkan calon dikawasan ini. Kekalahn calon PKR hanyalah 1000 undi sahaja yang perlu diberi perhatian.Ketibaan DSAI membuktikan bahawa ianya akan menjadi kenyataan bahawa Parlimen Nibong Tebal akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif.




CALON YB NIBONG TEBAL?SEORANG PEGUAM


Dalam ucapan ringkas beliau , DSAI merasa bangga dengan jentera pilihanraya Bahagian Nibong Tebal kerana telah berjaya menembusi kubu kuat UMNO/BN yang selama ini terlalu kental sehinggakan tiada langsung ruang untuk pihak BA memberi penerangan. Dengan kesungguhan dan kecekapan jentera pilihanraya Negeri dan Bahagian yang bekerjasama, segala halangan ini berjaya ditembusi.


Beliau juga mengingatkan orang Melayu dikawasan tersebut agar memberi peluang kepada BA untuk mentadbir kerana yakin hasil ekonomi yang dianugerah Tuhan akan dapat mengurangkan masaalah rakyat kerana kerajaan yang ada pada hari ini dilihat gagal sama sekali mengawal kenaikan harga barang keperluan harian."Kita mendapat keuntungan jualan jumlah hasil minyak sebanyak 90 billion ringgit, Jika 10 billion digunakan untuk membantu rakyat, maka kerajaan tetap untung."Ada juga dikalangan menteri yang mengejek kenyataan beliau mengenai menurunkan harga minyak tadi.


Beliau juga mendedahkan bahawa kini terdpat usaha-usaha untuk melaga-lagakan beliau dengan kaum Melayu kononnya beliau bukan Melayu sejati kerana telah bersekongkol dengan kaum India." Inilah kerja kerja UMNO yang merugikan orang-orang Melayu"Usaha mereka bukan untuk menolong bangsa Melayu, malah menjual tanah-tanah Melayu dan tanak-tanah kaum lain juga sebagaimana yang terjadi dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PFFZ)."

Demikian tegas DSAI Lagi.

Kini Kerajaan cuba menutup berbagai isu dan mengadakan pilihanraya lebih awal agar segala isu ini tidak tersebar dan rakyat faham. Beliau menyebut kes-kes yang melibatkan nama Malaysia terkenal ialah kes Linggam,Kes PKFZ,Kes pembunuhan Altantunya,Skandal kapal selam, skandal membeli jet pejuang shukoi, malah kalau nak disenaraikan, penyelewengan yang dilakukan lebih parah lagi. Inilah yang merugikan negara sebenarnya.


Diakhir ceramah seramai 114 orang menyertai PKR di kawasan tersebut. Ini memberi satu tamparan hebat buat BN di Sg Bakap.Apa pun pujian harus diberikan kepada jentera pilihanraya bahagian Nibong Tebal dan Jentera pilihanraya Negeri kerana berkerjasama mewujudkan suasana untuk menang.




Lagi berita ringkas akan menyusul......






GAMBAR-GAMBAR DSAI SEMASA MELAWAT DUN SG BAKAP DAN DUN SG ACHEH