Telah 21 hari adik Sharline tiada bersama keluarganya, jika sebelum ini adik Yin yang ditamatkan dengan penghabisan yang melegakan, kisah adik Nurin Jazlin pula amat menyedihkan hati dan mengelisahkan jiwa. Sama-sama kita berdoa agar kes kehilangan adik Sharline akan ditamatkan seperti keadaan Yin.

Selain kes kanak-kanak seperti ini menjadi mangsa, sebenarnya puluhan malah ratusan lagi kes wanita dewasa yang hilang tanpa penghujungnya. Tiada sebarang liputan berkenaan mereka hanya kerana mereka wanita dewasa yang mungkin hilang disebabkan nafsu mereka sendiri, namun tidak dinafikan ada yang juga mangsa seperti anak-anak kecil tadi.

Ramai yang sedar, kebahayaan ini perlu dirawat dengan kembali kepada fitrah dan Islam. Namun ramai juga yang mencebek bibir, tiada keyakinan dan bosan dengan laungan-laungan "KEMBALI KEPADA ISLAM" ini.



Ihsan web ustaz zaharuddin.com


No comments: