Rasuah dan penyelewengan punca pelabur asing jauhi Malaysia


Harakahdaily
Fri | Jan 25, 08 | 5:44:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Majoriti pengunjung Harakahdaily meyakini amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa menjadi faktor utama mengapa pelabur asing menjauhkan diri daripada negara ini.

Daripada 2526 responden yang mengambil bahagian dalam ruangan 'Undi Pembaca' Harakahdaily bagi menjawab soalan: "Apakah faktor yang menjauhkan para pelabur asing dari negara ini?" - 1200 responden (47.5 peratus) menjawab 'rasuah dan penyelewengan'; 785 (31.1 peratus) 'kurang yakin dengan kepimpinan dan dasar negara'; dan 216 (8.6 peratus) menyalahkan 'faktor ekonomi yang tidak kondusif'.

Hanya 216 atau 8.6 peratus bersetuju demonstrasi aman menjadi penyebab hilangnya pelaburan asing, 80 (3.2 peratus) akibat kempen tangkapan tanpa bicara di bawah ISA; dan 93 (3.7 peratus) enggan memberikan komen.

Pengundian berlangsung daripada 17 Disember 2007 hingga 18 Januari 2008. - tajdid


No comments: